ARKIB : 18/08/2012
12 lagi tahanan ISA dibebas
KUALA LUMPUR 17 Ogos - Kerajaan hari ini membebaskan seramai 12 individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kesemua yang dibebaskan itu merupakan mereka ditahan atas kesalahan jenayah keganasan yang mempunyai kaitan dengan rangkaian Al-Qaeda serta jenayah pemerdagangan manusia.
"Mereka dibebaskan terdiri daripada tujuh warga tempatan, tiga warga Indonesia dan dua warga Pakistan.
"Lapan daripada mereka terlibat dengan sindiket penyeludupan manusia manakala empat lagi terlibat kegiatan berunsur keganasan," katanya kepada pemberita selepas melawat banduan dan tahanan di Penjara Sungai Buloh, dekat sini hari ini.
Beliau berkata, jumlah tahanan yang dibebaskan itu tidak termasuk tiga lagi tahanan dibebaskan pada awal Ramadan.
"Ia bermakna sepanjang Ramadan, kerajaan membebaskan seramai 15 tahanan dan langkah ini berikutan pemansuhan ISA selepas diluluskan Parlimen pada 9 Mei lalu.
''Selain itu, kerajaan yakin bahawa mereka melalui proses pemulihan dan tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara," katanya.
Menurut Hishammuddin, tiga individu yang dibebaskan awal Ramadan lalu terdiri daripada seorang warga tempatan, Pakistan dan Sri Lanka yang ditahan kerana terlibat dengan sindiket penyeludupan manusia.
Hishammuddin berkata, pembebasan itu tiada kaitan dengan desakan sesetengah pihak yang mempunyai agenda politik mahupun polemik tetapi ia diputuskan Kabinet atas dasar keperluan semasa selepas akta tersebut digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 sejak 31 Julai lalu.
"Kita tidak mahu timbul isu bahawa pembebasan ini dilakukan hanya setelah mendapat tekanan dan desakan pihak tertentu, sedangkan ia dilakukan berikutan pemansuhan akta lapuk menggantikan akta yang lebih relevan," tegasnya.
Tambah beliau, dengan pembebasan itu, terdapat baki tahanan seramai 30 orang iaitu 11 warga tempatan dan 19 warga asing yang kini dipantau pihak berkuasa tahap kesedaran dan keinsafan mereka.
"Jika penahanan mereka menunjukkan kesan positif ketika dalam tahanan di Kem Kemunting dan tidak lagi menjadi ancaman terhadap keselamatan negara, mereka juga mungkin akan dilepaskan tidak lama lagi," katanya.
Katanya, merujuk kepada nasib baki tahanan warga asing, perbincangan sulit akan diadakan bersama wakil negara mereka masing-masing.
Kerusi Exco Selangor: Pas 4, PKR 3, DAP 3 - Khalid
Perenang buta berjaya rentas Selat Pulau Pinang
Lebih 20,000 guru terlibat program JQaf seluruh negara
Guna saluran betul jika tidak puas hati - Lam Thye
Polis siasat Malaysia Spring
Pelbagai pihak sokong kenyataan Ahmad Zahid
Fokus kepada negeri dimenangi, bukan sibuk buat perhimpunan haram
MB arah pembalakan dihentikan
Pendidikan seimbang jadikan Malaysia hebat
RCI tangani isu PATI di Sabah
Veteran UMNO boikot AirAsia, AirAsia X
7 pendaki Everest-Felda tiba di Kem 2
640% kontraktor kelas F disenarai hitam - SPNB
Muzium wajar dilawati lebih kerap
RHB Bank bantu 10 badan kebajikan
Sambutan 100 tahun Prep School
Wahid yakin keupayaan bakal CEO baru Maybank
Lepasan Mara penuhi pasaran kerja
Ustaz Kazim jadi tarikan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









