ARKIB : 14/08/2012
Sedia timbang naik taraf politeknik kepada universiti
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Kementerian Pengajian Tinggi sedia mempertimbangkan untuk menaiktaraf semua politeknik menjadi universiti pada masa akan datang.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata, untuk melaksanakan perkara itu, Jabatan Pengajian Politeknik perlu menyamakan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) institusi tersebut dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Selain itu, jelasnya, politeknik juga perlu menawarkan pelbagai program di peringkat ijazah pertama.
''Jika politeknik dapat menyediakan lebih banyak program ijazah pertama, maka, ia lebih sesuai untuk dinaik taraf menjadi universiti, sekali gus PNGK akan setara dengan kolej matrikulasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
''Sehubungan itu, Jabatan Pengajian Politeknik telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dianggotai pakar-pakar dari IPTA bagi meneliti sistem PNGK yang baru dan program ijazah pertama itu,'' katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Jabatan Pengajian Politeknik dengan Taiace Engineering Sdn. Bhd. di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ab. Rahim Md. Noor; Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Mejar Md. Nor Yusof dan Pengerusi Eksekutif Taiace Engineering Sdn. Bhd., Isa Ismail.
Menurut Mohamed Khaled, jawatankuasa tersebut diwujudkan kerana setiap tahun kementerian berhadapan dengan permohonan pelajar politeknik yang tidak dapat menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di IPTA.
''Sekarang, kelulusan PNGK pelajar politeknik sebagai contoh adalah 3.6 atau 3.7, tetapi jika di universiti mereka mengiktiraf kelulusan PNGK itu sebagai 2.1 atau 2.0. Oleh ini, pelajar politeknik tidak mendapat tempat di universiti,'' katanya.
Terdahulu, perjanjian yang dimeterai antara kementerian dengan Taiace Engineering Sdn. Bhd. adalah untuk melaksanakan projek penjimatan tenaga elektrik melalui kaedah Kontrak Prestasi Tenaga (EPC) di seluruh politeknik.
Inisiatif dan komitmen kementerian terutama menerusi Jabatan Pengajian Politeknik dijangka dapat menjimatkan bil elektrik sebanyak RM60 juta dalam tempoh 10 tahun dengan pengurangan pembebasan karbon sebanyak 200,000 tan.
Agong sempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia
Jangan tolak kerajaan - Najib
KDN tangani fitnah siber
Pembaca Cina sokong tindakan terhadap Red Bean Army
Citrawarna 1Malaysia penuh kemeriahan
Selesaikan dalam enam bulan
AirAsia perlu diberi pengajaran
Kaji kembalikan nama Universiti Pertanian
Fiesta Riuh Sakan meriah
Fiesta 75 Tahun Utusan meriah
Shabery ucap tahniah kepada Utusan
Bantu naik taraf ekonomi Melayu, India
Halal: Malaysia beri sumbangan besar kepada Kazakhstan
221 terima darjah kebesaran Pahang
'Kami tempuhi bersama'
Budak tak boleh kahwin kecuali dapat kelulusan
BN tidak pernah curi kemenangan pembangkang, ia tuduhan palsu - PM
Agong sempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia
UMNO Kelantan akan kemuka petisyen Parlimen Bachok, 3 DUN
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









