ARKIB : 14/08/2012
Keselamatan sempadan Sarawak-Kalbar memuaskan
LUBOK ANTU 13 Ogos - Tahap keselamatan sempadan negara di Wilayah II khasnya di negeri ini dan Kalimantan Barat (Kalbar), Indonesia adalah amat memuaskan.
Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar berkata, berdasarkan perkembangan itu, pihaknya tidak mempunyai rancangan menambah bilangan pos kawalan sempadan.
“Alhamdulillah, sejak lebih setahun menerajui 1 Divisyen, saya dapati keselamatan sempadan di kedua-dua belah negara amat memuaskan.
“Bagaimanapun kami bertekad dan berusaha meneruskan jalinan kerjasama erat untuk meningkatkan keselamatan sempadan antara Sarawak dan Kalbar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Panglima Divisyen bersama pegawai dan anggota yang bertugas dalam Ops Keris Parang di Pos Gabungan Bersama Lubok Antu, di sini malam tadi.
Ops Keris Parang adalah operasi bersama Tentera Darat dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dalam menjaga keselamatan sempadan kedua-dua buah negara.
Hadir sama, Panglima 3 Briged, Brigedier Jeneral Hasagaya Abdullah; Panglima 9 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Stephen Mundaw; Danrem 091/Aji Surya Natakesuma, Brigedier Jeneral TNI Gadang Pambudi dan Danrem 121/Alambhana Wanawai, Kolonel Inf. Binarko Sugihantyo.
Mengulas lanjut, Mohd. Zaki berkata, apa yang lebih penting berbanding penambahan pos kawalan sempadan adalah usaha mengeratkan kerjasama antara Tentera Darat dan TNI.
Sebagai contoh, katanya, majlis berbuka puasa bersama-sama itu dilihat akan meningkatkan persefahaman kedua-dua pihak dalam menangani apa jua masalah yang timbul.
“Kerana itu kita belum mempunyai rancangan menambah pos kawalan sempadan kerana kerjasama sedia ada adalah erat dan mampu menjamin keselamatan," tegasnya.
Kerusi Exco Selangor: Pas 4, PKR 3, DAP 3 - Khalid
Perenang buta berjaya rentas Selat Pulau Pinang
Lebih 20,000 guru terlibat program JQaf seluruh negara
Guna saluran betul jika tidak puas hati - Lam Thye
Polis siasat Malaysia Spring
Pelbagai pihak sokong kenyataan Ahmad Zahid
Fokus kepada negeri dimenangi, bukan sibuk buat perhimpunan haram
MB arah pembalakan dihentikan
Pendidikan seimbang jadikan Malaysia hebat
RCI tangani isu PATI di Sabah
Veteran UMNO boikot AirAsia, AirAsia X
7 pendaki Everest-Felda tiba di Kem 2
640% kontraktor kelas F disenarai hitam - SPNB
Muzium wajar dilawati lebih kerap
RHB Bank bantu 10 badan kebajikan
Sambutan 100 tahun Prep School
Wahid yakin keupayaan bakal CEO baru Maybank
Lepasan Mara penuhi pasaran kerja
Ustaz Kazim jadi tarikan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









