VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 11/08/2012

1.5 juta pelajar IPTA bakal nikmati kad diskaun siswa 1Malaysia

BERA 11 Ogos - Seramai 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan menikmati kemudahan potongan harga sehingga 60 peratus ketika membeli-belah di pasaraya dan kedai terpilih apabila Kad Diskaun Siswa 1Malaysia dilaksanakan September ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penuntut akan mendapat potongan harga 10 hingga 60 peratus di 100 buah kedai terpilih termasuk pasaraya, kedai sukan, kedai cermin mata, kedai buku, kedai makanan segera dan sebagainya dengan kad tersebut.

"Kad tersebut bertujuan meringankan bebanan para pelajar di samping membolehkan mereka membeli-belah dengan harga murah dan berpatutan mengikut kemampuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang pembiayaan pendahuluan (WPP) kepada 182 pelajar di kawasan Parlimen Bera yang berjaya ke institusi pengajian tinggi, di sini hari ini.

Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera berkata pihaknya juga sedang berunding dengan Syarikat Penerbangan Malaysia dan AirAsia untuk membolehkan kedua-dua syarikat terbabit memberikan potongan harga kepada pelajar. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.