ARKIB : 11/08/2012
Tuntut Unisel lunas hutang RM15j
KUALA SELANGOR 10 Ogos - Lebih 80 orang kakitangan Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) hari ini mengadakan demonstrasi secara aman menuntut pihak pengurusan Universiti Selangor (Unisel) melunaskan tunggakan kos pengurusan asrama yang dianggarkan RM15 juta kepada syarikat itu serta-merta.
Mereka yang berhimpun kira-kira pukul 2.30 petang di hadapan pintu masuk Unisel kampus Bestari Jaya di sini berang dengan tindakan pihak pengurusan universiti tersebut yang menyebabkan mereka berhadapan dengan masalah kewangan kerana JNSB tidak mampu membayar gaji serta tuntutan sejak Mac lalu.
Menurut wakil kakitangan JNSB, Norul Hayati Mustafa, pihaknya kesal dengan tindakan Unisel tidak melangsaikan tunggakan berkenaan yang menyebabkan JNSB tidak lagi mampu untuk menjalankan operasi pengurusan asrama di universiti berkenaan.
"Unisel tidak jelaskan hutang kepada syarikat kami yang menyebabkan JNSB mengalami masalah kewangan. Namun, paling menyedihkan ialah nasib kami semua sebagai pekerja kerana syarikat tidak mampu membayar gaji serta elaun kerana tindakan Unisel itu.
"Bagaimana dengan nasib kami semua selepas ini? Kami semua ada keluarga, ada anak-anak, lebih-lebih lagi sambutan hari raya yang akan tiba tidak lama lagi," katanya yang telah bekerja sebagai Eksekutif Pengurusan JNSB selama tujuh tahun.
Pada masa sama, beliau turut mempertikaikan penjelasan Unisel sebelum ini bahawa tidak boleh membayar hutang JNSB kerana universiti itu mempunyai kekangan kewangan.
Sebaliknya, beliau difahamkan, kakitangan Unisel telah menerima bonus serta imbuhan lain.
"Jadi jika Unisel mempunyai kekangan kewangan, mengapa mereka mampu membayar bonus serta imbuhan kepada kakitangan? Jika Unisel ada kemampuan, mengapa pula hutang JNSB tidak langsaikan?" tegasnya lagi.
Pandangan tersebut turut dikongsi oleh Ahmad Abdul Latif, 45, yang mengakui merasa kecewa dengan tindakan Unisel itu terhadap JNSB yang secara tidak langsung telah menyulitkan kehidupan seharian mereka.
Beliau yang bertugas sebagai juruteknik JNSB berkata, kekecewaan tersebut turut dirasai oleh isteri serta lima orang anaknya kerana sambutan hari raya semakin hampir.
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan yang turut sama menyertai perhimpunan itu berkata, pihaknya menuntut agar pengurusan Unisel menyelesaikan hutang mereka dengan JNSB sebelum hari raya ini.
"Ini bukan soal politik, ini soal hak dan kebajikan para pekerja JNSB. Selain itu, kita juga minta supaya MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) menyiasat dan melakukan audit terhadap Unisel," ujarnya yang turut kesal dengan sikap Unisel yang tidak menghantar wakil untuk menerima memorandum daripada kakitangan JNSB hari ini.
Agong sempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia
BN tidak pernah curi kemenangan pembangkang, ia tuduhan palsu - PM
Agong sempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia
UMNO Kelantan akan kemuka petisyen Parlimen Bachok, 3 DUN
20 pasangan akad nikah sempena Festival Belia Putrajaya
Undang-undang, kawalan, salah guna media sosial dikaji
4 pemancing dikhuatiri hilang
Lima kumpulan berentap di pentas akhir Battle of The Band Felda
KDN, SKMM,Cyber Security kerjasama banteras tentera siber
Dilantik Exco Johor: Tee Siew Kiong akur keputusan MCA
Abadi detik persandingan di atas bas panorama Melaka
Mesej klik dengan bijak melalui Festival Belia
Anwar ingkari perjanjian damai hormati keputusan PRU-13 - Jusuf Kalla
Tengku Adnan cabar Husam kemukakan bukti
Saiful Bukhari Azlan selamat diijab kabul dengan Nik Suryani
Guru perlu berani hadapi gelombang baru cabaran pendidikan
Penduduk tuntut Anwar, Guan Eng turun padang
4 kapal tentera laut India berlabuh di Pelabuhan Klang
Persepsi belia terhadap bidang pertanian akan diubah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









