ARKIB : 11/08/2012
NGO demonstrasi bantah tindakan paderi gay
MELAKA 10 Ogos - Kira-kira 100 orang mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pekarangan Masjid Al-Alami, Ayer Keroh di sini selepas solat Jumaat bagi membantah tindakan paderi gay, Ngeo Boon Lin mengadakan majlis resepsi perkahwinan sejenis di negara ini Sabtu lalu.
Perhimpunan yang turut disertai pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas paderi tersebut kerana menghina agama dan umat Islam.
Antara NGO yang turut serta adalah Pertubuhan Belia 4B negeri, Majlis Gerakan Belia Melaka (MGBM), Pertubuhan Belia Sedunia (WAY) dan Perguruan Gerak Insan Seni Malaysia (PGISM).
Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron dan Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad.
Perhimpunan mengutuk tindakan paderi gay itu turut disertai jemaah lain selepas mereka menunaikan solat Jumaat.
Sementara itu, Mohd. Ali berkata, Jabatan Imigresen wajar menyenaraihitamkan pasangan gay itu dan menghalang mereka daripada masuk kembali ke negara ini.
Katanya, tindakan itu perlu sebagai pengajaran kepada mana-mana individu yang cuba mengikut tindakan pasangan itu di masa akan datang.
"Saya menyeru kepada seluruh rakyat agar bertekad untuk menyatakan pendirian menolak sekeras-kerasnya amalan songsang itu agar negara ini tidak dicemari dengan unsur-unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)," katanya kepada pemberita.
PM seru rakyat bergerak sekumpulan
Kegemilangan pemerintahan berakhir jika alpa kejayaan dicapai - Raja Nazrin
Tindakan tahan pencetus huru-hara wajar
Parti politik boleh kemuka petisyen bantah PRU-13
AirAsia X kecewakan jemaah
Lagi kesatuan pekerja bidas AirAsia, jadikan pilihan terakhir
Dewan Rakyat bersidang mulai 24 Jun
'Mesti tegas bendung ajaran sesat'
Rakyat tidak minat sertai spring
Rosmah mahu Bakti lebih aktif, bantu tingkat imej kepemimpinan negara
Siti Hanisah cipta rekod baharu
7 agensi beruniform perinci tuntutan skim gaji
Kualiti pendidikan di pedalaman dilonjak
Pengusaha kimpalan kereta tawar kemahiran kepada belia Melayu
AIM bantu 90 peratus ahli keluar dari kemiskinan
13 barang kawalan sempena Pesta Kaamatan
Pendidik perlu pantas jayakan PPPM - Musa
Kematian adik saya dapat pembelaan - Zaidah
Ibu Sosilawati puas hati pembunuh dihukum
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









