ARKIB : 11/08/2012
Sarawak mohon kelonggaran susun program pendidikan sendiri
KUCHING 10 Ogos - Kerajaan negeri memohon supaya diberi kelonggaran untuk menyusun program pendidikannya sendiri apabila inisiatif baru pelan kedua Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan tahun depan.
Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, program pendidikan tersebut akan memberi tumpuan kepada bidang teknikal dan industri untuk disesuaikan dengan pelan pembangunan di seluruh negeri terutama di wilayah Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).
"Kita memerlukan satu program transformasi pendidikan menjurus kepada bidang teknikal dan perindustrian bagi memenuhi keperluan di wilayah SCORE.
"Justeru, menerusi GTP 2.0 yang bakal dilaksanakan tahun depan, kita memohon supaya diberi kelonggaran untuk menyusun pendidikan sendiri," katanya ketika berucap merasmikan Hari Terbuka Program Transformasi Kerajaan (GTP) Roadmap 2.0, di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalannya, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.
Hari Terbuka GTP Roadmap 2.0 yang dianjurkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) bertujuan membolehkan orang ramai di negeri ini menyuarakan maklum balas dan cadangan mengenai pelaksanaan GTP.
Program tersebut merupakan yang kedua seumpamanya selepas edisi pertama berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 24 Julai lalu.
Abdul Taib berkata, seiring dengan pelaksanaan GTP di seluruh negara, kerajaan negeri turut mengambil inisiatif bagi menambah baik mutu perkhidmatan awam di Sarawak.
6 pendaki negara takluk puncak Everest
Abu Zahar gesa Karpal hormati Perlembagaan
JKR siasat kejadian bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas runtuh
20 murid SK Bukit Lintang keracunan susu
Kereta terpakai: JPJ Selangor, dua pihak dibenar merayu
Rakyat Singapura dipenjara 7 hari kerana pandu secara melulu
Pusat peruntuk RM69 juta bangun syiar Islam di Kelantan
3 lagi pendaki negara tiba di puncak Everest
12 cemas bumbung masjid runtuh
Omar Kaseh Ketua Pengarah MAMPU baharu
Dua pendaki Everest-Felda berjaya sampai puncak pagi ini
Dalang Lahad Datu diketahui
Itu perbuatan gopoh - Nik Abduh
Banteras rasuah kukuhkan kedudukan pemimpin
Kerajaan usaha turun caj internet
Ekonomi separuh kedua kukuh
Sistem penggiliran penguat kuasa KPDNKK
Tiada campur tangan politik dalam PDRM
Penerbangan AirAsia dikecam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









