ARKIB : 11/08/2012
Teladani semangat Pandelela
KUCHING 10 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kejayaan ratu sukan terjun negara, Pandelela Rinong Pamg meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik 2012 awal pagi ini wajar diteladani rakyat negara ini.
Perdana Menteri berkata, gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu telah membuktikan kejayaan di pentas dunia bukan perkara mustahil walaupun berfizikal kecil.
Katanya, apa yang penting ialah semua pihak perlu ada kekuatan dan bekerja keras untuk mencapai kejayaan.
"Pagi tadi saya dan isteri bangun untuk sahur dan kami mendapat berita seperti rakyat Malaysia lain bahawa seorang anak Sarawak mencipta sejarah untuk negara kita.
"Pandelela Rinong seorang keturunan Bidayuh mendapat pingat gangsa dalam acara 10 meter platform individu, kita tengok pada saiz badannya kecil sahaja tetapi semangatnya besar.
"Ini menunjukkan kita boleh berjaya di pentas dunia sekalipun, dengan syarat kita mesti bekerja kuat," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini petang ini.
Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang, pemimpin kanan negeri dan kira-kira 1,000 tetamu jemputan.
Mengulas lanjut, Najib berkata, bekerja keras dalam konteks seorang atlet ialah mereka perlu berlatih dengan tekun.
"Kita tengok dalam televisyen, penampilannya hanya sekejap, dalam beberapa saat sahaja dia terjun. Tetapi untuk sampai ke tahap kecekapan itu memerlukan kita bekerja kuat," katanya.
Sementara itu, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching lewat petang ini, Najib meluangkan masa bertemu dengan bapa ratu terjun negara tersebut, Pamg Joheng, 46.
Beliau dilihat bersalaman dengan Pamg dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan Pandelela mengharumkan nama negara.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menggunakan laman Twitter beliau untuk menyatakan kebanggaan berikutan kejayaan penerjun negara tersebut.
"Tahniah dan syabas Pandelela kerana meraih pingat gangsa untuk negara! Anda membuatkan kami bangga!" katanya.
Paul Low letak jawatan Presiden Transparency International Malaysia
Tangani ajaran sesat tanpa kompromi
Penahanan di bawah Akta Hasutan bukan tindakan keras - Bekas KPN
200,000 dijangka meriahkan Fiesta 75 Tahun Utusan
Segera bertindak terhadap Red Bean Army
KDCA-ISCEP adakan Konsert Kaamatan Ahad malam
Trafik arah utara bergerak perlahan
NextGen e-Perolehan dijangka diguna 2015 - Timbalan Menteri
FAMA tambah 1,000 motosikal roda tiga kepada pembekal buah, sayur
Polis boleh ambil tindakan ke atas Anwar
Sebahagian Lebuh Raya Bukit Jalil ditutup Isnin
Gabungan KPM, KPT kini dikenali Kementerian Pendidikan - TPM
Gambar lampu padam hari mengundi fitnah, dirakam sebelum PRU-13 - SPR
Kahwin bawah umur: Perketat undang-undang sivil, syariah
SEB pastikan kelestarian projek tenaga boleh diperbaharui
3 juta biji kelapa diimport keperluan Ramadan
Idris saman PKR tuduh kurung 24 petugas SPR Parlimen Besut
Ajar Mandarin, Tamil di SK dikaji - TPM
Cadangan BN parti tunggal perlu kajian mendalam - TPM
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









