VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 05/08/2012

Keluarga Ibrahim Pendek mohon sumbangan

ZAINAL Abu (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Aidit Ibrahim di Tanjung Keling, Melaka, kelmarin.

MELAKA 4 Ogos - Mengharungi kehidupan dengan hanya daripada hasil jualan di kedai makan yang tidak seberapa, membuatkan keluarga seniman legenda, Ibrahim Pendek kini serba kekurangan.

Menurut anak pelakon terkenal itu, Aidid Ibrahim, 33, sejak bapanya meninggal dunia pada 2003, kehidupan mereka tujuh beradik serta ibu, Asiah Othman, 57, yang tinggal bersama di Tanjung Kling di sini begitu sukar.

"Saya dan keluarga tinggal di rumah ini sejak 2003 selepas ayah meninggal dunia. Ayah memang tidak meninggalkan apa-apa harta kepada kami.

"Rumah yang kami duduki ini juga sudah uzur, bahkan tanah ini pula milik orang. Keadaan yang tidak selesa ini ditambah pula dengan kehadiran adik-beradik yang telah berkahwin turut tinggal bersama.

"Sebab itulah saya mohon jasa baik mana-mana pihak untuk mendapatkan kawasan tanah bagi dibina rumah yang lebih selesa, di samping saya boleh melakukan aktiviti sampingan seperti menternak," katanya ketika ditemui pada sesi lawatan Datuk Bandar, Bandaraya Melaka Bersejarah, Zainal Abu semalam.

Turut hadir Setiausaha Khas Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB), Mohd. Yusof Mahathir.

Zainal turut menyumbangkan RM4,000 iaitu RM1,000 untuk duit raya dan RM3,000 bagi membantu keperluan perniagaan Aidid dan barangan harian.

Dalam pada itu, kata Mohd. Yusof, beliau difahamkan pihak SPNB akan berbincang dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dalam usaha mendapatkan tanah serta rumah buat keluarga itu.

"Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron akan berbincang dengan Ketua Menteri bagi mengenal pasti tapak yang sesuai untuk membina rumah.

"Apa yang diharapkan dapat mencari satu tapak sesuai yang boleh memuatkan sebuah atau beberapa buah rumah di atasnya," katanya.

Selain ibu, Aidid tinggal bersama-sama lima lagi adik-beradiknya iaitu Ismi, 40, Ani, 38, Abdul Munir, 36, Haslina, 35 dan Sahrin, 29.

Turut tinggal di rumah itu ialah 10 orang anak saudaranya yang berusia antara dua hingga 15 tahun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.