VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 05/08/2012

Terjun ketika pesawat berlepas

LELAKI yang membuka pintu kecemasan, kemudian terjun dari pesawat AirAsia dibawa ke Hospital Miri, Sarawak, malam kelmarin.

MIRI 4 Ogos - Seorang lelaki bertindak nekad apabila terjun dari pesawat Airbus milik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia sewaktu ia mula memecut untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri, malam tadi.

Kejadian pada pukul 8.30 malam itu berlaku apabila lelaki berkenaan yang juga kakitangan AirAsia bertengkar dengan seorang rakan wanitanya yang sama-sama menaiki pesawat tersebut.

Menurut sumber, lelaki itu difahamkan telah meninggikan suara kepada wanita berkenaan dengan berkata ‘aku mahu pulang’ sebelum bertindak membuka pintu kecemasan di bahagian tengah pesawat kemudian terjun ke landasan.

Katanya, kejadian berkenaan mengejutkan kira-kira 200 penumpang lain dan ada di antara mereka yang menjerit ketakutan.

“Apabila pintu kecemasan dibuka, gelongsor kecemasan terbuka secara automatik dan ia berbuai-buai di udara.

“Anak kapal yang bertugas segera melaporkan perkara itu kepada juruterbang yang kemudian menghentikan pesawat berkenaan serta-merta," katanya di sini hari ini.

Difahamkan pesawat tersebut dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan sepatutnya berlepas pukul 7.40 malam, namun tergendala hampir sejam.

Berikutan kejadian itu, operasi penerbangan di Lapangan Terbang Miri dihentikan seketika bermula pukul 9 malam manakala pesawat berkenaan pula berlepas kira-kira pukul 11 malam.

Lelaki terbabit yang menghadapi kecederaan di bahagian belakang dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Mengulas kejadian berkenaan, Pengarah Operasi Penerbangan AirAsia Bhd., Kapten Datuk Fareh Ishraf Mazputra berkata, ia tidak sepatutnya berlaku dalam mana-mana penerbangan.

Katanya, kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan dan lelaki yang membuka pintu kecemasan berkenaan telah ditahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata siasatan dibuat oleh Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.