VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 03/08/2012

Kerajaan tepati janji bantu pekebun

SUNGAI PETANI 2 Ogos - Kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya menunaikan janji kepada pekebun kecil apabila menaikkan kadar bantuan tanam semula getah yang dikendalikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) baru-baru ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kadar bantuan tanaman semula tersebut dinaikkan kepada RM9,230 bagi setiap hektar di Semenanjung Malaysia berbanding hanya RM7,000 sehektar sebelum ini.

Sementara di Sarawak dan Sabah pula katanya, kadar bantuan terbabit turut dinaikkan kepada RM13,500 dan RM14,000 sehektar.

"Janji-janji kerajaan kepada masyarakat pekebun kecil setakat ini telah pun ditepati. Malah, tahun ini, kerajaan telah meluluskan RM397 juta kepada RISDA iaitu yang paling tinggi dalam sejarah untuk melaksanakan program tanam semula dan program pembangunan lain supaya lebih ramai pekebun kecil mendapat manfaat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian dividen rancangan tanaman baru berkelompok (RTBB) dan tanaman semula komersial (TSK) RISDA peringkat Kedah di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Yussoff Dohab; Ahli Lembaga Pengarah RISDA, Datuk Azmi Che Hussain dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat) RISDA, Ahmad Sufi Alias.

Mohd. Shafie berkata, pemberian insentif dan langkah mengotakan janji tersebut bertujuan membantu masyarakat pekebun kecil meningkatkan produktiviti serta meningkatkan taraf hidup mereka pada masa akan datang.

"Pelbagai program dirancang malah kerajaan turut memastikan komitmen diberikan secara berterusan sehingga matlamat mensejahterakan pekebun kecil dapat dicapai.

"Malah, berdasarkan maklum balas yang diterima, keadaan ekonomi pekebun kecil kini jauh lebih baik berbanding sebelum ini. Harga purata getah juga meningkat dan kini getah jenis SMR20 berada pada paras RM10.53," katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, sebanyak RM19.7 juta dividen RTBB dan TSK diagihkan kepada 2,676 peserta di negeri ini.

Katanya, jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada peruntukan dividen keseluruhan RISDA sebanyak RM314.6 juta yang diberikan kepada 16,080 peserta seluruh negara.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd. Shafie mengingatkan para pekebun kecil agar dapat mensyukuri nikmat atas usaha bersungguh-sungguh kerajaan selama ini.

"Kerajaan BN berjaya memacu negara dengan baik malah kita dapat hidup bersama-sama tidak kira masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain.

"Apa yang penting sekarang ialah kita harus mensyukuri nikmat keselamatan dan keamanan yang membolehkan setiap golongan masyarakat menjalani kehidupan mengikut cara masing-masing," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.