ARKIB : 01/08/2012
AES kesan pemandu laju 12 Ogos
KUALA LUMPUR 31 Julai - Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi mengesan pemandu yang memandu melebihi had laju akan mula dilaksanakan di seluruh negara 12 Ogos ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, AES kini dalam proses percubaan dan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri nanti, sistem tersebut akan digunakan sepenuhnya sebagai langkah penguatkuasaan.
Jelasnya, AES menggunakan kamera berteknologi tinggi bukan sahaja bagi mengesan pemandu laju, tetapi juga bagi mengesan pemandu yang melanggar lampu isyarat.
"Sebanyak 831 kamera akan dipasang bagi memantau keadaan trafik dengan 566 dipasang bagi tujuan mengesan pemanduan laju dan 265 kamera dipasang di lampu-lampu isyarat bagi mengesan pengguna jalan raya yang melanggar lampu isyarat merah.
"Kamera ini dipasang di 831 lokasi kemalangan maut di sepanjang lebuh raya, jalan negeri dan Persekutuan yang telah dikenal pasti," katanya selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-14 2012 di Plaza Tol Sungai Besi arah selatan, di sini hari ini.
Jelasnya, AES merupakan satu inisiatif kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sistem penguatkuasaan secara manual.
Menurutnya, kira-kira 24,000 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak mampu menjalankan penguatkuasaan terhadap lebih 22 juta kenderaan yang terdapat di negara ini ketika ini.
Dalam pada itu, menurut Abdul Rahim, 60 peratus daripada kadar kemalangan maut pada tahun lalu adalah melibatkan penunggang motosikal.
"Sebanyak 6,877 kematian jalan raya dicatatkan pada tahun lepas dengan purata 18 hingga 19 kematian setiap hari dengan 11 daripadanya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal," katanya.
Malah, jelasnya, bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini sahaja, sebanyak 2,779 kematian dicatatkan melibatkan golongan itu.
Paul Low letak jawatan Presiden Transparency International Malaysia
Tangani ajaran sesat tanpa kompromi
Penahanan di bawah Akta Hasutan bukan tindakan keras - Bekas KPN
200,000 dijangka meriahkan Fiesta 75 Tahun Utusan
Segera bertindak terhadap Red Bean Army
KDCA-ISCEP adakan Konsert Kaamatan Ahad malam
Trafik arah utara bergerak perlahan
NextGen e-Perolehan dijangka diguna 2015 - Timbalan Menteri
FAMA tambah 1,000 motosikal roda tiga kepada pembekal buah, sayur
Polis boleh ambil tindakan ke atas Anwar
Sebahagian Lebuh Raya Bukit Jalil ditutup Isnin
Gabungan KPM, KPT kini dikenali Kementerian Pendidikan - TPM
Gambar lampu padam hari mengundi fitnah, dirakam sebelum PRU-13 - SPR
Kahwin bawah umur: Perketat undang-undang sivil, syariah
SEB pastikan kelestarian projek tenaga boleh diperbaharui
3 juta biji kelapa diimport keperluan Ramadan
Idris saman PKR tuduh kurung 24 petugas SPR Parlimen Besut
Ajar Mandarin, Tamil di SK dikaji - TPM
Cadangan BN parti tunggal perlu kajian mendalam - TPM
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









