ARKIB : 01/08/2012
Saya ingin mohon maaf - Chong Yoong
JOHOR BAHRU 31 Julai - Seorang guru dan pengusaha sebuah pusat tuisyen di Tangkak hari ini memohon maaf kepada seluruh umat Islam terhadap tindakan mereka mengedarkan nota ringkas mata pelajaran Sejarah yang memaparkan karikatur menghina sahabat Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.
Guru tersebut, Fu Chong Yoong, 26, melahirkan kekesalan dan tidak mengetahui bahawa tindakannya menggunakan karikatur itu akan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
"Niat saya hanya ingin memudahkan para pelajar memahami apa yang diajar dan bukan untuk menimbulkan sebarang isu. Saya memang tidak tahu perkara ini merupakan sesuatu yang sangat sensitif.
"Saya ingin memohon maaf kepada seluruh umat Islam kerana menyentuh sensitiviti mereka dan saya berharap masyarakat di Tangkak dapat memaafkan saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Pelajaran Negeri Johor di sini hari ini.
Terdahulu, Chong Yoong bersama pengusaha pusat tuisyen terbabit, Lim Lee Yee, 26, tampil bertemu dengan Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd. Noor A. Ghani bagi memberikan penjelasan dan membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai isu itu.
Sementara itu, Lee Yee berkata, kelas Sejarah itu merupakan kelas tambahan yang diadakan sekali seminggu bermula Februari lalu dan bukan subjek utama yang diajar di pusat tuisyen tersebut.
Menurutnya, matlamat utama kelas itu diadakan bagi membantu para pelajar untuk memahami subjek Sejarah dan ia diadakan berdasarkan kelapangan tenaga pengajar.
"Nota berkenaan kita sudah tarik balik dan penjelasan sudah diberikan kepada para pelajar. Saya ingin memohon maaf kepada semua atas isu yang timbul dan akan memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi," katanya.
Dalam pada itu, Mohd. Noor berkata, pihaknya akan mengeluarkan surat amaran kepada pengusaha pusat tuisyen terbabit dan akan memantau perkembangannya.
"Peringatan ini diberikan kepada mereka kerana pusat tuisyen itu didaftarkan di bawah Jabatan Pelajaran dan kita anggap perkara ini sudah selesai kerana mereka sudah tampil memohon maaf," katanya.
"Pada pendapat saya, isi kandungan dalam nota itu adalah tepat, cuma masalah timbul apabila mereka melukis karikatur dan itu menjadi isu kepada umat Islam," katanya.
Enam anak Felda takluk Everest
Malaysia lobi kerusi Majlis Keselamatan
SPR tubuh pasukan khas semak guna dakwat kekal
PPPR syor tiga langkah perangi rasuah
2 kementerian setuju NBOS diperkasa
Dua kementerian bergerak senada
CUEPACS gesa boikot AirAsia
Perkasa desak Kalimullah mohon maaf
Kalimullah tidak faham sejarah, lupa diri
AirAsia enggan bawa pulang jenazah dari Jogjakarta
MAS sedia perkhidmatan bawa jenazah
7 muka baharu Exco N. Sembilan
Blog kemas kini senarai boikot produk
Richard tumpu isu gaji minimum
Kesihatan Azizan semakin baik
Pengguna kapal terbang naik 2.17j
Fiesta 75 Tahun Utusan menanti di Festival Belia Putrajaya 2013
Raja Nazrin rasmi Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah
Dakwat kekal: SPR tubuh pasukan khas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









