ARKIB : 01/08/2012
Amaran kepada Pas Kelantan, AKSB
PASIR MAS 31 Julai - Kerajaan Pas Kelantan dan syarikat miliknya, Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) diberi amaran supaya menyelesaikan segera masalah bekalan air bersih yang terputus sejak tiga hari lalu di sekitar daerah ini jika tidak mahu berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Amaran keras tersebut diberi Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali selepas penduduk di kawasan berkenaan mengadu tiada bekalan air sejak tiga hari lalu, malah ada kampung yang terputus bekalan air lebih lama.
Menurutnya, ketiadaan bekalan air menyebabkan urusan harian penduduk terjejas dengan teruk terutama ketika umat Islam berada dalam bulan Ramadan.
"Saya menggesa kerajaan Pas Kelantan dan AKSB menyelesaikan masalah ini secepat mungkin, saya menerima terlalu banyak aduan dan merumuskan hampir keseluruhan kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir dan sebahagian di Tendong terputus bekalan air.
"Jika ia tidak diselesaikan segera, saya bercadang mengumpul rakyat di kawasan terlibat dan akan memulakan saman ke atas AKSB dan kerajaan Pas Kelantan, saya akan membantu menyediakan khidmat guaman untuk rakyat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada masa sama, Ibrahim turut mengecam kerajaan Pas Kelantan kerana tidak bertanggungjawab dalam isu kemudahan asas rakyat sebaliknya lebih sibuk berpolitik dengan mencipta isu lain bagi menutup isu air.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di kawasan pekan Pasir Mas dan Kasar di sini mendapati penduduk terutama peniaga merungut kerana urusan harian mereka terjejas akibat tiada bekalan air bersih.
Seorang usahawan yang ditemui, Rosli Abdul Rahman, 41, berkata, bekalan air di kawasan bandar tersebut terputus sejak tiga hari lalu.
"Saya tidak tahu kenapa bekalan air terputus, apa pun ia amat menyusahkan kami terutama ketika umat Islam menjalankan ibadah puasa.
"Kita amat berharap tindakan segera dapat diambil," katanya.
Sementara itu, seorang peniaga, Wan Johar Wan Sulaiman, 49, pula mendakwa, kedai makan miliknya terpaksa ditutup kerana tiada bekalan air bersih.
Malah, katanya, dia juga mengalami kerugian besar kerana tidak dapat berniaga sejak tiga hari lalu dan hanya mengharapkan air telaga tiub untuk mandi dan membasuh pakaian.
"Bagaimana nasib peniaga kecil seperti kami sekiranya keadaan ini berterusan, kerajaan negeri dan pihak bertanggungjawab perlu turun ke bawah melihat sendiri masalah rakyat, jangan biarkan kami hidup dalam keadaan tertekan, lagi pun kami membayar air bersih yang dibekalkan," katanya.
Kenapa pembangkang hendak melenting?
Bangkitlah daripada kekecewaan
Pas Kelantan tolak konspirasi jatuhkan kerajaan
Adam Adli direman lima hari
'Saya sedia disaman'
Himpunan di Utusan Melayu: Khalid diminta bertindak tegas
Pengkhianat ganggu kestabilan layak dilucut kerakyatan, diusir
Laporan Malaysiakini tidak tepat sama sekali - SPRM
Jangan perlekeh Perkasa - Ibrahim
Kampung tersusun atasi masalah rumah
Pembangunan seimbang buat rakyat
SPNB hina kemampuan kontraktor Melayu
MAS, Tourism Malaysia selamatkan ibu dan bayi di Ho Chi Minh
Atlet paralimpik berjaya renangi Selat Pulau Pinang
Pasangan Nurul, Hafidz juara Gerbang Cinta
20,000 kunjungi Festival Hari Guru
Perbaiki kelemahan - Rohani
Jangkitan HIV tunjuk peningkatan mendadak
Didik bahasa Arab dalam kalangan kanak-kanak
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









