ARKIB : 01/08/2012
Tingkatkan infrastruktur kampung
TEMERLOH 31 Julai - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terus komited meningkatkan kemudahan infrastruktur di lebih 25,000 kampung di seluruh negara bagi memberi kemudahan terbaik kepada penduduk.
Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ini selaras dengan matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk pembangunan luar bandar yang membabitkan projek pembinaan jalan, bekalan air bersih dan elektrik 24 jam.
"Mengenai projek pembinaan jalan luar bandar pula, kerajaan berjaya membina jalan baru sejauh 2,515.61 kilometer berbanding sasaran asal 2,062.05 kilometer menjelang akhir tahun ini.
"Pembinaan jalan itu telah dapat memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta penduduk kampung di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas majlis Ihya Ramadan di Masjid Omar Abdul Aziz, Kerdau, dekat sini semalam.
Katanya, bagi bekalan air luar bandar, pihak kementerian berjaya menyempurnakan projek tersebut kepada 163,762 rumah.
"Daripada jumlah itu, 38,468 buah rumah adalah di Sabah, 25,375 di Sarawak manakala 99,919 di Semenanjung yang dinikmati 818,810 penduduk.
"Bagi bekalan elektrik luar bandar sebanyak 63,950 buah rumah telah menikmati kemudahan berkenaan yang memberikan manfaat kepada 319,550 orang,'' jelasnya.
Menurut Mohd. Shafie, bagi program skim Bantuan Rumah, sebanyak 40,337 buah perlu disiapkan sehingga akhir tahun ini dan hampir 89 peratus telah boleh dimasuki peserta.
Katanya, pihak kementerian akan terus berusaha memberi kemudahan terbaik kepada rakyat semua golongan di mana-mana sahaja walaupun jauh di pedalaman.
Ajar Mandarin, Tamil di SK dikaji - TPM
Cadangan BN parti tunggal perlu kajian mendalam - TPM
Warga Felda kecam Kit Siang, Anwar
Krisis air kritikal di KL, Selangor, Putrajaya Julai 2014
Lebih banyak program ilmu, keagamaan dalam Festival Belia - Khairy
Trafik sesak, perlahan di beberapa lebuh raya
Malaysia pilihan utama pengembara Islam
Pameran Arts fot the World bantu tingkat jualan karyawan tempatan
Tiada keperluan SPR berdebat dengan pembangkang
Jangan takut untuk bertindak
PM seru rakyat bergerak sekumpulan
Kegemilangan pemerintahan berakhir jika alpa kejayaan dicapai - Raja Nazrin
Tindakan tahan pencetus huru-hara wajar
Parti politik boleh kemuka petisyen bantah PRU-13
AirAsia X kecewakan jemaah
Lagi kesatuan pekerja bidas AirAsia, jadikan pilihan terakhir
Dewan Rakyat bersidang mulai 24 Jun
'Mesti tegas bendung ajaran sesat'
Rakyat tidak minat sertai spring
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









