ARKIB : 01/08/2012
FDI berkualiti, berteknologi fokus utama negara
JOHOR BAHRU 31 Julai - Malaysia kini lebih selektif dalam membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) berkualiti khususnya melibatkan teknologi tinggi, teknologi hijau dan tenaga alternatif dan pengetahuan industri intensif.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, teknologi sedemikian diperlukan dalam usaha merealisasikan anjakan daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi.
"Dalam mencari kemasukan pelabur asing, kita tidak mahu FDI yang sembarangan, tetapi FDI yang berkualiti.
"Justeru, kerajaan giat mempromosi dan membangunkan sumber baru kemajuan ekonomi. Tumpuan kini diberikan kepada nilai tambah yang tinggi dan industri dengan kapital yang intensif," katanya.
Beliau berucap merasmikan pembukaan KOTA Kiswire milik Kiswire Malaysia iaitu anak syarikat Kiswire Limited, pengeluar wayar keluli utama dari Korea Selatan.
Turut hadir, isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Duta Republik Korea Selatan, Lee Yong-joon; Pengerusi Kiswire Limited, Hong Young-chul dan Ketua Pegawai Eksekutif Kiswire Malaysia, Park Chang-hee.
Menurut Muhyiddin, Korea Selatan merupakan rakan dagang utama negara dengan pelaburan dan ekonomi sebagai paksi utama hubungan perdagangan dua hala.
Katanya, tahun lalu sahaja negara itu muncul pelabur asing kedua terbesar iaitu dengan nilai sebanyak AS$1.6 bilion (RM5 bilion) menjadikan jumlah pelaburan terkumpul kepada AS$3.6 bilion (RM11.25 bilion).
"Sehingga kini, terdapat lebih 300 syarikat Korea Selatan dalam sektor pembuatan dengan pelaburan di negara ini dengan nilai pelaburan AS$5 bilion (RM15.6 bilion). Kami berharap lebih ramai pelabur dari Korea akan menjalankan perniagaan di Malaysia.
"Kami juga mempelawa syarikat automotif Korea Selatan menubuhkan pejabat di Malaysia dan merebut kelebihan akses pasaran yang kami tawarkan di negara dan rantau ini melalui ASEAN," katanya.
FAMA tambah 1,000 motosikal roda tiga kepada pembekal buah, sayur
Polis boleh ambil tindakan ke atas Anwar
Sebahagian Lebuh Raya Bukit Jalil ditutup Isnin
Gabungan KPM, KPT kini dikenali Kementerian Pendidikan - TPM
Gambar lampu padam hari mengundi fitnah, dirakam sebelum PRU-13 - SPR
Kahwin bawah umur: Perketat undang-undang sivil, syariah
SEB pastikan kelestarian projek tenaga boleh diperbaharui
3 juta biji kelapa diimport keperluan Ramadan
Idris saman PKR tuduh kurung 24 petugas SPR Parlimen Besut
Ajar Mandarin, Tamil di SK dikaji - TPM
Cadangan BN parti tunggal perlu kajian mendalam - TPM
Warga Felda kecam Kit Siang, Anwar
Krisis air kritikal di KL, Selangor, Putrajaya Julai 2014
Lebih banyak program ilmu, keagamaan dalam Festival Belia - Khairy
Trafik sesak, perlahan di beberapa lebuh raya
Malaysia pilihan utama pengembara Islam
Pameran Arts for the World bantu tingkat jualan karyawan tempatan
Tiada keperluan SPR berdebat dengan pembangkang
Jangan takut untuk bertindak
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









