ARKIB : 27/07/2012
1 maut, 4 hilang kapal meletup
LABUAN 26 Julai - Seorang anak kapal maut manakala empat lagi masih hilang apabila kapal tangki milik MISC Berhad, MV Bunga Alpinia terbakar dan meletup di Jeti Terminal Loji Petronas Metanol Labuan dekat sini awal pagi ini.
Ketika kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, terdapat 24 krew di dalam kapal yang sedang berlabuh dan memindahkan gas metanol di pelabuhan berkenaan.
Kapal yang terbakar kira-kira 50 peratus itu dikatakan terkena petir sebelum meletup dan terbakar.
Ketua Polis Daerah Labuan, Supritendan Saiman Kasran berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Shahril Azmi Baharudin, 28, berasal dari Melaka.
“Mayat mayat mangsa ditemui rentung 90 peratus di bahagian dek kapal. Empat mangsa yang hilang ialah Muhammad Nazrin Khamsani, 20, (Kuala Lumpur); Mohd. Hanafi Khalil, 24, (Melaka); Zahari Hassim, 46, (Negeri Sembilan) dan Colanggoy Errol Calaluan, 22, (Filipina)," katanya di sini hari ini.
Tambahnya, 19 lagi anak kapal disahkan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Menurut Saiman, pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian itu dan pada masa ini, pihak bomba belum boleh memasuki bahagian dalam kapal berkenaan bagi mencari mangsa," katanya
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Labuan, Zainal Madasin berkata, seramai 71 anggota dengan sembilan jentera dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 2.33 pagi.
Katanya, bomba yang tiba pada pukul 2.50 pagi berjaya mengawal kebakaran pada pukul 2.03 petang.
Sementara itu, Ketua Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Sabah, Laksamana Pertama M. Karunathi berkata, sehingga kini, pihak berkenaan masih berusaha memadamkan kebakaran itu.
“Api telah dapat dikawal dan tidak lagi marak seperti pagi ini. Pasukan bomba berusaha mendekati tangki secara berhati-hati kerana bimbang berlaku letupan susulan memandangkan ia mengandungi bahan-bahan berbahaya," katanya.
Sementara itu, Petronas Chemical Methanol Sdn. Bhd. memberitahu, kapal MV Bunga Alpinia merupakan salah sebuah subsidiari milik syarikat itu yang mempunyai 29 anak kapal yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam Filipina.
Menurut Pengarah Perhubungan Media dan Hal Ehwal Korporatnya, Ahmad Faiz A. Rahman, ketika kejadian, kapal itu berada bersebelahan dengan terminal Petronas Chemical Methanol Sdn Bhd.
“Petronas telah mengambil langkah-langkah keselamatan bagi memastikan kesemua anak kapal berada dalam keadaan selamat," katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Sementara itu, lebih 3,000 penduduk Kampung Patau-Patau yang terletak bersebelahan jeti Terminal Loji Petronas Methanol itu bertempiaran keluar dari rumah masing-masing berikutan kejadian letupan itu.
Ini kerana jarak kampung berkenaan dan lokasi kejadian yang hanya kira-kira dua kilometer itu turut mengakibatkan rumah penduduk bergoyang dengan kuat selain bunyi dentuman yang menakutkan.
Seorang penduduk, Ibrahim Omar, 45, berkata, dia dan keluarganya yang sedang tidur dikejutkan dengan bunyi letupan dan gegaran, kira-kira pukul 2.30 pagi.
“Rumah kami bergoyang dengan kuat, jadi saya dan penduduk kampung berlari ke sana dan ke sini untuk mencari punca gegaran," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Seorang lagi penduduk, Nasir Omar, 35, berkata, dia dan keluarganya keluar menyelamatkan diri setelah mendapati rumah mereka bergoyang kuat.
Katanya, mereka tidak menyangka letupan itu melibatkan kebakaran kapal walaupun pada masa itu berlaku ribut petir.
Pemandu teksi, Dony Junis, 41, berkata, letupan berkenaan amat kuat sehingga dia merasakan Labuan seperti dilanda gempa bumi.
Menteri, ADUN Sarawak dapat kenaikan gaji
Mekanik ditahan miliki 5 senapang angin
6 pendaki negara takluk puncak Everest
Abu Zahar gesa Karpal hormati Perlembagaan
JKR siasat kejadian bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas runtuh
20 murid SK Bukit Lintang keracunan susu
Kereta terpakai: JPJ Selangor, dua pihak dibenar merayu
Rakyat Singapura dipenjara 7 hari kerana pandu secara melulu
Pusat peruntuk RM69 juta bangun syiar Islam di Kelantan
3 lagi pendaki negara tiba di puncak Everest
12 cemas bumbung masjid runtuh
Omar Kaseh Ketua Pengarah MAMPU baharu
Dua pendaki Everest-Felda berjaya sampai puncak pagi ini
Dalang Lahad Datu diketahui
Itu perbuatan gopoh - Nik Abduh
Banteras rasuah kukuhkan kedudukan pemimpin
Kerajaan usaha turun caj internet
Ekonomi separuh kedua kukuh
Sistem penggiliran penguat kuasa KPDNKK
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









