VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 29/06/2012

3,000 peluang kerja pesara tentera

KUALA LUMPUR 28 Jun - Sebanyak 3,000 peluang pekerjaan dan program keusahawanan bagi pesara tentera terutama mereka yang tidak berpencen bakal disediakan tahun ini, melalui dua syarikat yang dilantik Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, syarikat itu akan membuat sistem profil bagi bakal pesara tentera tiga tahun sebelum tempoh persaraan agar dapat memadankan dengan bidang yang boleh diceburi sebagai kerjaya kedua.

"Setakat ini, 3,000 peluang pekerjaan telah dikenal pasti oleh syarikat ini yang dilantik secara kontrak. Mereka juga mempunyai hubungan dengan syarikat milik kerajaan (GLC) dan antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Sijil Perhebat kepada 681 orang pesara tentera di sini hari ini.

Pesara tentera itu telah mengikuti kursus peralihan antara enam hingga 18 bulan dalam pelbagai bidang pekerjaan bagi menyesuaikan diri dengan kehidupan awam selepas tamat perkhidmatan.

Tambah Ahmad Zahid, salah sebuah syarikat itu yang mempunyai usahasama dengan pembuat makanan dari China turut menyediakan latihan kepada bakal pesara yang berminat menjadi usahawan.

Katanya, selain memperoleh gaji bulanan pesara juga akan ditawarkan pekerjaan dengan syarikat itu turut menerima dividen pada setiap hujung tahun.

"Ini merupakan antara pendekatan kerajaan menjaga kebajikan bekas tentera terutama mereka yang tidak berpencen dengan membantu berdikari untuk jangka panjang berbanding bantuan sekali beri yang biasanya bersifat jangka pendek," jelasnya.

Ahmad Zahid berkata, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) turut memberikan bantuan kepada bekas tentera tidak berpencen seperti bantuan sara hidup, perubatan dan pendidikan untuk anak-anak mereka.

"Kerajaan sentiasa menghargai perkhidmatan mereka dan tidak pernah lepas tangan. Kita tetap membantu mereka yang tidak berpencen sedangkan pilihan itu ditentukan mereka sendiri selain telah menerima gratuiti dan elaun sara hidup," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.