VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 28/06/2012

Lapan penunggang Versys berlepas ke Thailand

PESERTA konvoi motosikal Kawasaki Versys mendengar taklimat sebelum berlepas ke Meung Chiang Rai, Thailand, di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 27 Jun - Lapan penunggang motosikal Kawasaki Versys yang mahu mencipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan menunggang motosikal berkumpulan sejauh 2,400 kilometer selama 24 jam, berlepas ke Thailand hari ini.

Mereka yang terdiri daripada ahli Kelab Pemilik-Pemilik Versys Malaysia (VOCM) akan memulakan ekspedisi tersebut pada pukul 2 petang Sabtu ini dari Meung Chiang Rai dan dijangka berakhir di Saloma Bistro, Jalan Ampang pada pukul 2 petang Ahad ini.

Presiden VOCM, Mohd. Shahril Abd. Rahman berkata, semua peserta telah melakukan persediaan dari segi kesihatan dan keselamatan motosikal masing-masing.

''Pengambilan makanan tambahan juga telah diberikan untuk menambah tenaga dan stamina setiap penunggang manakala motosikal pula telah melalui pemeriksaan keselamatan oleh Kawasaki Motors Malaysia Sdn. Bhd.," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis prapelepasan konvoi tersebut di sini hari ini.

Tambahnya, beliau berharap semua peserta sentiasa berhati-hati dalam perjalanan serta bersemangat untuk mencatat rekod baru dalam MBOR.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.