VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Ogos 2014 / 4 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 16/06/2012

Jerebu: Pelabuhan Klang, Shah Alam, Kuala Selangor catat IPU tertinggi

KUALA LANGAT 15 Jun - Kebakaran besar hutan melibatkan kawasan tanah gambut seluas 108.44 hektar berhampiran Perkampungan Orang Asli, Pulau Kempas, Kampung Seri Cheding di sini mengakibatkan beberapa daerah di negeri ini dan Putrajaya di selubungi jerebu.

Asap tebal yang terhasil ekoran kebakaran yang berlaku sejak 11 hari lalu itu menyebabkan kawasan Pelabuhan Klang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) paling tinggi iaitu 147 sehingga pukul 7 malam ini diikuti Kuala Selangor (129) dan Shah Alam (120) dengan masing-masing diklasifikasikan sebagai tidak sihat.

Putrajaya, Petaling Jaya dan Banting pula merekodkan IPU sederhana iaitu 79, 99 dan 95. Rekod itu dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dalam laman webnya untuk bacaan sehingga pukul 7 malam ini.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi kejadian kebakaran petang ini menyaksikan jarak penglihatan begitu terhad hingga mencetuskan rasa tidak selesa penduduk setempat.

Seorang penduduk Kampung Seri Cheding, Mohd. Khair Atan, 45, berkata, rata-rata penduduk setempat berasa bimbang terhadap kesan jerebu meskipun ia belum sampai ke tahap kritikal.

''Saya risau keselamatan penunggang motosikal dan pemandu lain yang tidak boleh melihat dengan jelas akibat jerebu kerana kemalangan boleh berlaku sekiranya jarak penglihatan semakin buruk," katanya di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Siti Kalsom Kusin, 49, mengadu mengalami sesak nafas kerana terhidu asap tebal akibat kebakaran hutan tersebut.

''Asap dan jerebu ini menyebabkan saya mengalami sedikit kesukaran bernafas dan mata berasa pedih dan gatal. Saya juga risau kesan lebih buruk berlaku sekiranya kebakaran tersebut berpanjangan," katanya.

Pekerja swasta, Isma Haziq Sadikon, 23, menyifatkan keadaan jerebu hari ini sebagai yang paling teruk selepas lebih seminggu kebakaran tersebut berlaku.

''Saya berasa sukar untuk pergi ke masjid kerana cahaya lampu jalan menjadi kelam akibat diselubungi asap dan jerebu. Terdapat juga rakan saya yang diserang penyakit lelah setelah sekian lama tidak mengalaminya ekoran masalah jerebu yang berlaku sekarang," katanya.

KUALA LANGAT 15 Jun - Jerebu yang menyelubungi Lembah Klang hari ini dipercayai berpunca daripada kebakaran hutan di sebuah kawasan tanah gambut seluas 108.44 hektar berhampiran Perkampungan Orang Asli, Pulau Kempas, Kampung Seri Cheding dekat sini sejak 11 hari lalu.

Kebakaran tersebut pada awalnya hanya memusnahkan seluas 69.76 hektar kawasan tersebut telah merebak ekoran cuaca panas dan angin kuat sehingga memusnahkan lebih 100 hektar kawasan tersebut.

Ini merupakan kebakaran besar kedua yang berlaku di kawasan yang sama selepas 2009.

Penolong Komander Operasi Memadam Kebakaran, Mohd. Yunus Ahmad berkata, kebakaran berjaya dikawal oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang pantas bertindak sejak Selasa lalu bagi memastikan ia tidak merebak ke perkampungan berhampiran.

''Walaupun pihak kami telah berjaya memadamkan kebakaran tersebut, masih terdapat bara -bara kecil berikutan keadaan kawasan tanah gambut yang menyukarkan kerja-kerja pemadaman sepenuhnya.

''Pihak kami menjangkakan yang kebakaran akan dapat dipadamkan sepenuhnya pada hujung minggu hadapan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di lokasi kejadian di sini hari ini.

Tinjauan akhbar ini ke kawasan itu hari ini mendapati kawasan berkenaan diselubungi asap dan debu nipis dan kebakaran kecil masih berlaku di beberapa tempat.

Sehubungan itu katanya, pihak bomba menggunakan dua mesin hydro-sub untuk membanjirkan kawasan kebakaran dengan air supaya api serta bara yang terdapat di situ padam sepenuhnya.

Mohd. Yunus menjelaskan, seramai 90 orang pegawai dan anggota bersama berpuluh-puluh jentera dari hampir seluruh Selangor dikerah memadam kebakaran di kawasan berkenaan selain dibantu agensi-agensi lain seperti Jabatan Perhutanan Selangor (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat KLIA berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:26
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.