VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 27/04/2012

Imigresen tubuh pasukan antirusuhan

Pasukan Kawalan Khas Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo bergambar dengan Sakib Khusmi (baris kedua, tujuh dari kanan) pada majlis tamat kursus di Alor Gajah, Melaka, semalam. - UTUSAN/azli ahad

ALOR GAJAH 26 April - Jabatan Imigresen menubuhkan pasukan elit antirusuhan yang diberi nama Pasukan Kawalan Khas (PKK) sebagai langkah segera mengawal rusuhan melibatkan tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) di semua 13 depot tahanan di seluruh negara.

Timbalan Pengarah Imigresen Bahagian Kawalan, Sakib Khusmi berkata, ia juga bagi mengelak rusuhan yang berlaku merebak ke tempat lain sebelum bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tiba.

Menurutnya, PKK dianggotai pegawai, kakitangan Imigresen dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) tanpa melibatkan pertambahan kakitangan baru.

Beliau berkata, seluruh anggota PKK akan menjalani latihan rapi dan didedahkan dengan situasi menghadapi sebarang rusuhan membabitkan PATI.

"Pasukan ini dibentuk bukan kerana ingin menafikan bantuan daripada agensi lain jika berlaku sebarang rusuhan sebaliknya PKK akan bertindak awal mengawal keadaan sementara menanti bantuan sokongan daripada PDRM dan FRU.

"Sebagai langkah perintis, Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo menjadi yang pertama menubuhkan PKK sebelum disusuli 12 lagi depot di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan kursus PKK (Modul D11) di Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Depot Imigresen, Zahari Abdul Aziz dan Pengarah Imigresen negeri, Kamalludin Ismail.

Seramai 50 peserta termasuk Rela yang menganggotai PKK dan menjalani kursus selama 10 hari itu menerima sijil masing-masing pada majlis tersebut.

Pada majlis tersebut juga seluruh anggota PKK menunjukkan formasi, kaedah menangani rusuhan dan simulasi di sel tahanan PATI.

Mengulas lanjut, Sakib berkata, PKK akan diperluaskan ke depot lain di seluruh negara secara berperingkat.

"Melihat keadaan sekarang dengan jumlah PATI yang semakin bertambah di setiap depot, maka ini adalah langkah penting menubuhkan PKK sebagai persediaan awal keselamatan jika berlaku rusuhan," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.