VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 13/06/2013

Hafiz muda bersanad di Mekah

Presiden Pertubuhan Kebajikan Pelajar-pelajar Tahfiz Malaysia, Datuk Mustapa Othman (kiri) memberi kata semangat kepada peserta program Bertalaqqi dan Bersanad di Masjidil Haram, Mekah yang akan berlepas ke Mekah pada 2 Julai ini.

CUACA panas dijangka mencecah lebih 50 darjah celsius di tanah suci Mekah akan menjadi cabaran utama seramai 40 pelajar tahfiz muda dalam meneruskan misi bertalaqi al-Quran di Masjidil Haram, sekali gus bersanad dengan guru qiraat Mesir.

Ditambah pula diadakan pada bulan Ramadan, misi mempelajari al-Quran dengan bacaan sebenar selama 38 hari iaitu pada 2 Julai hingga 8 Ogos itu dilihat akan menjadi lebih mencabar.

Namun kesemua tahfiz muda berumur 11 hingga 17 tahun itu dilihat bersemangat bagi membawa amanah tersebut, sekali gus mengembangkan apa yang dipelajari selepas pulang ke tanah air.

Kesemua mereka akan menghabiskan 30 juzuk al-Quran seterusnya bersanad atau mempelajari bacaan al-Quran daripada kesinambungan guru-guru yang berterusan tanpa putus daripada Rasulullah SAW.

Guru tersebut ialah Syeikh Ahmad Ali Muhammad Sulaiman dan Syeikh Ahmad Solah Ali yang juga merupakan guru al-Quran dan Qiraat Pengajian al-Quran, Universiti al-Azhar Kaherah, Mesir.

Seorang peserta, Muhammad Hazim Farhan Zul Aznal, 13, berkata, walaupun pelbagai dugaan diluar jangkaan berlaku, beliau bernekad meneruskan misi hingga ke penghujung.

Baginya tidak ada yang difikirkan selain mendapat ganjaran berlipat ganda daripada Allah SWT, di samping mempelajari kaedah bacaan sebenar al-Quran menerusi guru yang bertauliah.

"Saya akan cuba melakukan yang terbaik bagi menyempurnakan matlamat program ini. Insya-Allah, saya bernekad walaupun apa sahaja dugaan yang menimpa, saya tidak akan berpatah semangat.

"Saya berharap tidak menghampakan harapan penganjur yang memilih saya iaitu Pertubuhan Kebajikan Pelajar-Pelajar Tahfiz Malaysia (Tahfiz) dan juga ibu bapa saya yang memberikan kepercayaan kepada saya.

"Inilah juga pengalaman yang saya impikan untuk belajar al-Quran daripada guru-guru yang mempelajari kitab suci umat Islam al-Quran terus daripada Rasulullah SAW," katanya yang merupakan pelajar Sekolah Tahfiz Darul Azhar, Cheras.

Anak ke empat daripada empat adik beradik itu berharap dapat memanfaatkan masa dengan baik sepanjang di tanah suci dan mensasarkan untuk menghafal sekurang-kurang tiga juzuk di sana.

Manakala bagi Shahin Wazien Shahril, 14, giat membuat persediaan rapi dari segi fizikal dan juga mental dalam menghadapi segala cabaran yang sudah dijangka akan dilalui sebelum bertolak ke tanah suci.

"Saya memperbanyakkan membaca al-Quran dalam masa sama memperbaiki mutu bacaan saya sebelum berguru secara berdepan dan bersanad dengan Syeikh yang unggul di sana.

"Selain itu, dari segi makanan dan kesihatan juga amat penting untuk dititikberat bagi mengelakkan daripada masalah kesihatan apabila tiba di sana.

Dibantu oleh ibu bapa dan juga ustaz memberi sokongan dan semangat membuatkan saya tidak sabar untuk ke sana," katanya yang bercita-cita untuk menjadi juruterbang muslim suatu hari nanti.

Pelajar Akademi Darul Huffaz, Kajang itu berharap mendapat sesuatu pengajaran untuk dibawa pulang dan berkongsi pengalaman serta ilmu tersebut kepada rakan-rakan lain di Melaysia.

Dalam pada itu, Ahmad Al-Hakeem Lokman Shazlin, 11 berkata, sangat teruja untuk ke tanah suci di samping pencipta sejarah buat dirinya sendiri.

Peserta termuda daripada Akademi Darul Huffaz, Kajang itu meluahkan rasa sangat bersyukur kerana terpilih mewakili golongan tahfiz daripada seluruh negara untuk menuntut ilmu dan bersanad bersama salah seorang tokoh hebat di Mesir.

"Saya sangat gembira dan bersyukur kepada Allah SWT kerana bertuah dapat mengikuti program ini yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini untuk ke tanah suci apatah lagi bersanad dengan guru yang hebat," katanya.

Beliau yang akan ditemani ayahnya akan cuba menghabiskan membaca al-Quran sebanyak 30 juzuk sepanjang berada di sana.

Peserta dipilih daripada wakil pelajar-pelajar terbaik sekolah tahfiz di seluruh negara dengan proses tapisan dan penilaian di peringkat sekolah masing-masing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.