VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 28/05/2013

Kuasai bahasa asing

DALAM interaksi sosial masa kini, bahasa asing adalah satu kemestian. Siapa yang menguasai hanya bahasa ibundanya akan tertinggal dalam semua bidang.

Kepentingan mempelajari bahasa asing telah disedari Rasulullah SAW sejak hari pertama beliau tiba di Madinah. Sebab kota ini bukan hanya diduduki oleh bangsa Arab, tetapi juga menjadi tempat kediaman bangsa Yahudi sejak generasi ke generasi.

Rasulullah khuatir Yahudi yang penuh tipu daya akan mengganggu keselamatan kaum Muslimin yang masih baharu dan sedikit bilangannya itu. Lantaran itu, baginda memerintahkan seorang sahabatnya mempelajari bahasa Yahudi.

Dalam Siyar A'lam Al-Nubala diceritakan bahawa Rasulullah mendatangi Zaid yang ketika itu berusia 11 tahun.

Baginda bersabda: "Wahai Zaid, pelajarilah bahasa Yahudi. Sesungguhnya, demi Allah, aku tidak berasa aman dengan tipu daya mereka."

Zaid melaksanakan perintah itu dengan tekun. Beliau mempelajari bahasa Yahudi secara bertutur dan juga tulisan.

Zaid berkata: "Tidak berlalu setengah bulan, aku sudah menguasai bahasa ini. Aku lalu menjadi penulis Rasulullah apabila baginda mengirimkan surat kepada mereka."

Selain Zaid, Rasulullah dikelilingi oleh para sahabat lain yang menguasai pelbagai bahasa asing. Ada antara mereka yang menguasai bahasa Parsi, ada juga yang menguasai bahasa Rom, juga bahasa Habasyah (Etiopia). Semua ini sangat membantu dalam menyebarkan dakwah Islam ke seluruh dunia.

Hukum mempelajari

Beberapa dekad dahulu, sebahagian ulama mengharamkan mempelajari bahasa Inggeris, Belanda ataupun bahasa asing lainnya. Ini kerana bahasa tersebut dianggap sebagai bahasa kafir. Siapa yang mempelajarinya dikira menyerupai orang kafir (tasyabuh bil kuffar).

Pada masa moden ini, fatwa itu tentu sahaja sudah tidak relevan . Tambahan pula, larangan itu bertentangan dengan sikap Rasulullah yang menyuruh mempelajari bahasa asing sebagaimana kisah di atas.

Dr. Yusof Al-Qaradawi dalam bukunya Al-Sunnah Masdaran lil Ma'rifah wal Hadarah menjelaskan: "Islam tidak pernah melarang mempelajari bahasa asing, bahkan menyuruhnya kerana ia merupakan medium untuk menyebarkan dakwah Islam."

Penguasaan bahasa asing semakin dituntut terutama dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran. Para ulama di masa Abbasiah sangat giat menterjemahkan buku-buku berbahasa asing agar masyarakat Islam dapat memanfaatkan ilmu yang terkandung di dalamnya.

Hasil usaha tersebut berjaya melahirkan tokoh-tokoh falsafah, perubatan dan sains Islam yang namanya masih dikenali hingga ke hari ini.

Dalam konteks semasa, ibu bapa harus memikirkan cara untuk membekalkan anak-anak dengan kemahiran bahasa asing sejak kecil.

Pastikan generasi penerus Muslim memiliki keyakinan diri untuk menghadapi perkembangan zaman yang semakin mencabar pada masa-masa akan datang.

Bahasa yang paling penting dikuasai seorang Muslim adalah bahasa Arab. Ini kerana segala pesanan daripada Allah SWT dan Rasulullah SAW terkandung dalam al-Quran dan sunah adalah bahasa Arab.

Adalah sangat ironik jika seorang Muslim tidak menguasai bahasa yang menjadi medium komunikasi antara dirinya dan tuhan.

Mempelajari bahasa Arab juga merupakan kebolehan dalam menghidupkan al-Quran yang mengandungi formula yang dapat mengembalikan kejayaan umat Islam.

Namun tiada siapa yang dapat memahaminya jika seluruh masyarakat buta bahasa al-Quran tersebut.

Kematian al-Quran

Seorang ulama dan filosof Iraq, Muhammad Habib al-Ubaidi pernah berkata: "Manusia mati kerana kematian al-Quran. Siapa yang menginginkan kehidupan, hendaklah ia berpegang kepada al-Quran. Dan al-Quran mati kerana kematian bahasanya (bahasa Arab). Siapa yang menghidupkan bahasanya, telah menghidupkan kalam Allah."

Jika tidak mampu menguasai bahasa Arab dengan baik, sekurang-kurang kita harus memahami bacaan yang dibaca di dalam solat. Ini kerana solat merupakan medium komunikasi antara hamba dengan Allah SWT.

Menurut Imam Al-Syafie dalam kitab al-Risalah: "Setiap Muslim wajib mempelajari bahasa Arab sedaya upayanya agar ia boleh mengucap dua kalimah syahadah, memahami bacaan solat, membaca kitab Allah SWT, mengucapkan bacaan yang diwajibkan dalam solat seperti takbir, tasbih, tasyahud dan lain-lain.

"Semakin tinggi penguasaan terhadap bahasa yang menjadi penutup kenabian dan kitab terakhir ini, maka semakin baik baginya."

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.