VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 01/05/2013

Pilihan raya adalah raya pilihan

MANA-mana negara di dunia yang mengamalkan sistem demokrasi dalam pemerintahan pasti akan mengalami suasana peralihan kuasa dan angin perubahan menerusi satu sistem yang dinamakan pilihan raya bagi memilih dan menentukan tampuk pemerintahan yang bakal meneruskan legasi sesebuah negara.

Negara kita Malaysia mengamalkan pemilihan sistem simple first-past-the-post. Menerusi sistem ini, calon yang menang ialah calon yang mendapat undi terbanyak walaupun dengan kelebihan satu undi sahaja. Alhamdulillah, sistem ini telah digunakan sejak Pilihan Raya Umum Pertama iaitu pada 1959.

Kita semua amat akur bahawa dalam mana-mana pilihan raya , sudah pasti ia dibarisi dengan calon-calon yang mewakili parti masing-masing. Setiap parti itu pula akan menetapkan misi dan manifesto parti masing-masing dalam menambat kepercayaan para pengundi setelah mereka diberikan amanah selepas berjaya membentuk kerajaan.

Manifesto berkenaan itu sendiri melambangkan komitmen dan kesungguhan parti terbabit dalam iltizam mereka untuk membangunkan negara atau negeri yang dikuasainya.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa dalam memperjuangkan kebenaran dan ketelusan serta ketulusan perjuangan parti masing-masing , setiap tenaga penggerak parti akan menggunakan segala keupayaan dan kekuatan yang ada bagi mempertahankan serta menarik yang lain bagi bersama-sama berada dalam saf perjuangan parti tersebut. Maka, di sinilah setiap individu yang terbabit akan mempergunakan pelbagai isu yang dekat di hati dan kehidupan para pengundi iaitu rakyat.

Sesungguhnya, sudah menjadi adat dalam mana-mana pertubuhan pasti akan ada segolongan yang menyokong manakala segolongan lain pula yang menentang. Hal sedemikian itu amat difahami sebab itu resam dan lumrah alam, hatta zaman perjuangan para Nabi dan Rasul termasuk Rasulullah SAW juga ada yang yang menyokong dan tidak kurang yang menentang. Ini kerana setiap manusia dibekalkan akal serta neraca iman untuk menjadi kayu pengukur dalam mempertimbangkan sesuatu masalah dengan penuh kewarasan dan kebijaksanaan.

Tanggal keramat pada 5 Mei ini adalah suatu detik dan hari yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia untuk menjalankan amanah mereka bagi memilih kepimpinan untuk meneruskan kelangsungan negara Malaysia yang tercinta ini. Itulah yang dikatakan hari raya pilihan kita.

Sebelum detik ini tiba, sebaik saja selesai penamaan calon, maka bermulalah ujian kepada semua rakyat Malaysia dengan kata lain ialah penyokong-penyokong parti pilihan masing-masing. Maka serentak dengan itu juga bermula kempen-kempen bagi calon diadakan di merata ceruk negeri. Baiklah, itu sudah peraturannya begitu.

Oleh yang demikian, apa yang perlu kita hayati ialah suasana kemeriahan tempoh tersebut sehinggalah kepada hari mengundi yang penuh suasana mahabbah dan kemesraan. Biarpun mempunyai pegangan dan pandangan berbeza dari sudut kepartian, kita masih lagi tetap kekal bersahabat dan bersaudara tanpa ada elemen-elemen yang memercikkan api dan bara permusuhan serta dendam antara satu sama lain.

Sudah menjadi adat dalam persahabatan yang sedikit sebanyak memungkinkan berlaku perselisihan faham, namun sebagai umat Islam biarlah kita semua menjadi ikutan dalam menunjukkan teladan kerana permusuhan itu merugikan banyak pihak.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah diberikan amanah untuk menggalas tanggungjawab besar bagi menjalankan proses pengundian dengan lancar dan teratur. Manakala sebagai warga Malaysia, amnya dan umat Islam, khasnya hendaklah meletak dan menanamkan kepercayaan penuh akan kewibawaan dan integriti badan tersebut. Lantas tidak perlu mengeluarkan kata-kata cemuhan dan nista yang sekali gus akan memberikan impak negatif kepada perjalanan urusan pilihan raya.

Sesuatu yang tidak dinafikan juga bahawa musibah kekecewaan daripada individu-individu yang mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa mereka bakal terpilih sebagai calon yang menjadi pilihan pucuk pimpinan parti masing-masing yang akhirnya membelakangi kepentingan perjuangan sebenar. Barangkali sebagai manusia biasa kita terlupa seketika bahawa setiap yang berlaku itu telah tertulis di sisi Allah SWT.

Sungguhpun dengan tidak terpilihnya kita sebagai calon dikatakan angkara dan konspirasi manusiawi, ia masih lagi di bawah atur gerak Allah SWT biarpun ia satu kejahatan. Ini kerana Allah juga pernah memberikan keizinan-Nya kepada iblis laknatullah untuk menyesat dan melalaikan anak cucu Nabi Adam AS sehingga ke hari pembalasan. Apakah itu layak kita kata bahawa Allah SWT itu tidak adil sedangkan Allah SWT itu Maha Adil?

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.