VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 26/04/2013

Tatahan hiasan ibu mutiara

KOTAK yang dihiasi ibu mutiara, Gujerat, India. Abad ke-17 Masihi / abad ke-11 Hijrah.

MUTIARA adalah sejenis permata yang mempunyai nilai dan amat dihargai dan diminati sebagai perhiasan wanita dan bahan kecantikan. Namun nama ibu mutiara mungkin agak jarang diketahui dan kurang diketengahkan.

Ibu mutiara ialah sejenis lapisan kulit dalam cengkerang kerang-kerangan seperti tiram dan abalon yang mempunyai lapisan bahan organik yang berkilat.

Ciri fizikal kulit dalam yang berkilat dan berwarna-warni ini menjadikan ia sebagai salah satu bahan hiasan di atas perabot, alat muzik dan barangan kemas.

Di dalam kesenian Islam, ibu mutiara banyak digunakan sebagai hiasan barangan yang diperbuat daripada kayu seperti kotak simpanan, kelalang serbuk letupan, pinggan, rehal dan tempat menyimpan skrol.

Kebiasaannya, ia menjadi lapisan hiasan yang disusun dalam pelbagai bentuk dan gaya. Keindahan warna-warna semula jadi yang terbentuk di atas kulit tersebut dan ditambah dengan permukaannya yang berkilat menjadikan ia sangat sesuai sebagai bahan hiasan.

Walaupun ia bahan organik, namun ibu mutiara merupakan bahan yang tahan lasak, tidak keras, dan mudah bercalar.

Keindahan ibu mutiara ini telah lama digunakan dan dihargai oleh masyarakat yang tinggal di persisiran pantai.

Salah satu tamadun kuno yang mempunyai artifak ibu mutiara ialah Tamadun Mesir. Ini kerana Mesir mempunyai sumber kerang-kerangan dari Laut Merah.

Tutankhamun ialah salah seorang Firaun yang memerintah Mesir dan baginda dikatakan mempunyai beberapa artifak ibu mutiara yang sangat indah buatannya.

Antara wilayah Islam yang menggunakan ibu mutiara sebagai hiasan barangan kesenian yang dihasilkan ialah Parsi, India dan Turki. Ini kerana ketiga-tiga buah wilayah ini mempunyai sumber kerang-kerangan tersendiri seperti Turki mempunyai Laut hitam dan Laut Mediterranean, manakala India pula mempunyai Laut India dan Laut Arab. Barangan ibu mutiara dari Parsi selalunya menggunakan teknik tatahan yang dipanggil marquetry.

Bentuk ibu mutiara yang asal agak besar dan ia perlu dipotong untuk digunakan dalam penghasilan barangan seni. Ia memerlukan gergaji atau alat pemotong yang sesuai untuk memotong bahan organik lain seperti gading dan tulang.

Elemen yang paling penting ialah mata gergaji perlu bersih dan tajam. Sewaktu proses memotong, ibu mutiara akan mudah terbakar kerana ia merupakan bahan organik, sama seperti gading.

Oleh itu, air digunakan untuk menurunkan suhu dan mengelakkan ibu mutiara terbakar dan meninggalkan kesan hitam pada kulit tersebut dan kecederaan tangan bagi pemotong.

Kulit mutiara ditatah di atas barangan kayu atau kulit kura-kura sebagai hiasan dalam corak geometri dan bunga-bungaan. Terdapat juga teknik yang menggunakan ibu mutiara untuk menutup keseluruhan permukaan objek.

Teknik tampalan ini menjadikan objek mempunyai warna semula jadi yang terbentuk daripada ibu mutiara yang digunakan. Antara warna semula jadi ibu mutiara yang sering digunakan ialah putih susu, hijau, merah jambu, firus dan kuning air.

Koleksi barangan ibu mutiara yang sangat cantik dan unik ini boleh dilihat di beberapa buah galeri di Muzium Kesenian Islam Malaysia seperti di Galeri India, Galeri al-Quran dan Manuskrip, Galeri Senjata dan Perisai serta Galeri Gaya Hidup.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.