VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 29/03/2013

Hiasan gading dunia Islam

Hulu pisau belati berukir
Mughal dari abad ke-18 Masihi / abad ke-12 Hijrah

GADING merupakan sejenis tulang yang tumbuh di bahagian mulut haiwan mamalia seperti gajah dan walrus dengan tekstur yang licin, keras dan berwarna putih.

Gading mempunyai sifat fizikal yang cantik untuk dijadikan bahan hiasan seni yang mewah.

Namun begitu disebabkan oleh ancaman terhadap spesis gajah, penjualan gading gajah telah diharamkan dari beberapa buah negara terutamanya Asia dan Afrika selepas 1975.

Gading digunakan sebagai hiasan barangan kesenian dalam beberapa dinasti Islam seperti Dinasti Mamluk, Qajar, Mughal dan Kesultanan Melayu. Gading mempunyai kedudukan yang tersendiri berbanding dengan bahan-bahan mewah yang lain seperti logam berharga dan batu permata. Gading digunakan dengan meluas di dalam penghasilan barangan kesenian Islam.

Walaupun keras namun proses penyediaan hasil seni daripada gading memerlukan ketelitian dan ketekunan bagi memastikan gading tidak retak dan merosakkan keseluruhan keindahan barangan seni terbabit. Lagi pula Gading amat sensitif kepada haba malahlebih cepat terbakar daripada kayu.

Gading boleh dipotong menggunakan apa sahaja alat pemotong kayu seperti gergaji kayu tetapi apa yang lebih penting, mata gergaji yang digunakan mestilah tajam dan mempunyai mata gigi gergaji yang banyak dan rapat bagi memastikan potongan yang licin dan tidak merosakkan gading.

Proses melicinkan permukaan gading pula memerlukan kertas pasir yang baru kerana gosokan kertas pasir yang telah tumpul akan menghasilkan haba dan boleh menyebabkan tangan melecur.

Gading digunakan dalam berbagai-bagai teknik hiasan sewaktu proses pembuatan barangan kesenian di dunia Islam. Antaranya ialah ukiran, tatahan, susunan micro-mosaic marquetry atau parquetry, torehan dan sebagainya.

Teknik ukiran yang selalu digunakan ialah ukiran timbul di mana bahagian latar dibuang dan hanya motif hiasan dinaikkan.

Bagi hiasan yang menggunakan teknik tatahan, gading selalu digunakan sebagai hiasan barangan kayu seperti kotak penulis, kabinet kecil dan rehal. Di sini kepingan gading dipotong mengikut bentuk yang dikehendaki tetapi dalam saiz yang kecil.

Kemudian kepingan-kepingan gading yang kecil ini akan disusun dalam susunan bentuk tertentu yang menjadi hiasan permukaan barangan tersebut seperti corak geometri ataupun corak bunga-bungaan mengikut cita rasa seseorang pembeli.

Kaligrafi juga boleh dihasilkan daripada susunan kepingan gading. Perbezaan warna kayu yang gelap dan gading yang berwarna putih merupakan gandingan yang amat cantik dalam penghasilan sesebuah barangan seni.

Gading juga menjadi pilihan sebagai hulu senjata. Di Nusantara, ia digunakan sebagai hulu keris manakala di Iran dan di India ia digunakan sebagai hulu pisau belati.

Senjata yang mempunyai hulu gading juga menunjukkan status pemiliknya. Ini kerana semenjak zaman sebelum Islam pengunaan barangan daripada gading telah menjadi sesuatu yang penuh dengan status seperti golongan diraja ataupun golongan pendita.

Tempat letak pen, papan catur, cincin pemanah, bekas serbuk letupan dan banyak lagi barangan hiasan gading boleh dilihat di galeri-galeri kekal di Muzium Kesenian Islam Malaysia.

Setiap satunya dihasilkan menggunakan teknik ukiran ataupun tatahan yang menarik dengan sentuhan seni tersendiri dari dinasti Islam yang berbeza.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.