VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 02/11/2012

Keunikan khat Kufi

Ahmad Suhaili Hassan (kanan) bersama rakan kongsinya Mohd. Rahimin Ahmad (kiri) dan Mohd. Yusin Mohd. Yatim menunjukkan rekaan karya Khat Kufi terbaru di kedai mereka di Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor.

SEKALI pandang kelihatan seperti kod pengimbas. Berbentuk petak dan dipenuhi dengan kotak. Agak sukar dibaca, malah turut mengelirukan.

Namun, apabila diamati dengan lebih teliti, barulah kelihatan sambungan petak berbentuk huruf jawi yang ditulis menjadi sepotong ayat al-Quran.

Begitulah kesimpulan pertama rata-rata orang ramai terhadap keunikan salah satu tulisan kaligrafi Islam iaitu seni Khat Kufi.

Walaupun telah wujud sejak kurun ke-12 lalu, namun masih ramai yang kurang mengenali keunikan antara karya kesenian Islam terawal di dunia itu.

Malah, kehebatan seni Kufi juga merupakan antara faktor yang turut mempengaruhi penyebaran Islam ke seluruh dunia yang ramai tidak menyedarinya.

Penulis Khat Kufi, Ahmad Suhaili Hassan berkata, bukan sahaja cantik dipandang, malah seni itu yang dikatakan muncul dari Bandar Kufah, Iraq itu turut mengajak orang yang melihatnya untuk mengingati Allah SWT dan Rasulullah SAW.

"Seni tulisan Kufi bukan sesuatu yang baru diperkenalkan dalam dunia kesenian Islam. Malah telah wujud ribuan tahun dulu. Jika kita lihat, tulisan Kufi telah terpahat di dinding salah satu masjid terkemuka dunia iaitu Masjid Nabawi.

"Selain itu, ia juga digunakan oleh sesetengah pembesar negara Tanah Besar China untuk dijadikan sebagai tandatangan dalam cop mohor mereka.

"Ini menunjukkan tulisan Kufi berbentuk petak ini telah wujud dan bergerak selari bersama penyebaran Islam ke seluruh pelosok dunia. Selain kelihatan unik dan cantik dipandang, pada masa sama, seni Kufi mengajak orang ramai yang melihat untuk berzikir dan menyebut kalam Allah SWT," katanya.

Suhaili yang juga Pengasas syarikat Karya Kufi mengikuti jejak langkah ayahnya yang juga merupakan salah seorang penulis khat terkemuka dan berazam untuk mengkomersialkan seni Khat Kufi berbentuk petak kepada masyarakat.

Tidak sekadar itu, anak kelahiran Kelantan itu turut membawa keunikan seni Kufi tersebut dengan gaya tersendiri yang lebih bersifat kontemporari.

"Saya banyak belajar menulis khat daripada ayah sejak kecil. Ayah memang seorang penulis khat terkenal di Kota Bharu, Kelantan. Kebanyakan tulisan khat yang dipamerkan di bandar itu pada masa itu adalah hasil tulisan ayah.

"Sedar akan peluang untuk mengembangkan seni Kufi yang masih kurang dikenali ramai ini, saya cuba untuk mengubahnya dengan cara tersendiri yang berkonsep kontemporari agar menarik perhatian orang ramai," katanya.

Kesahihan ayat

Isu penyelewengan ayat al-Quran sering diperkatakan dan berlaku dalam negara ini. Ini berpunca daripada sikap sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan dengan memperniagakan ayat al-Quran yang dihias dengan kemas dan cantik.

Namun, Suhaili berkata, orang ramai tidak perlu bimbang untuk mendapatkan produk yang terdapat di Galeri Karya Sufi kerana ini telah mendapat sokongan daripada Kementerian Dalam Negeri.

"Untuk mengelakkan berlaku kesalahan dalam penulisan Khat Kufi, Karya Sufi turut mendaftar serta memohon kelulusan daripada Bahagian Teks Terjemahan al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Selain itu, sebelum sesuatu ayat itu dikhatkan, kita juga mempunyai beberapa individu untuk menyemak setiap huruf dan bentuk dalam penulisan khat tersebut.

"Kebiasaannya kita hanya mengambil ayat-ayat lazim dan diketahui ramai seperti surah empat Qul, ayat Kursi dan sebagainya agar mengelakkan berlaku kekeliruan pembaca dalam bacaan," katanya.

Suhaili turut menasihatkan orang ramai yang ingin membeli penulisan Khat Kufi agar mengetahui cara bacaan tulisan tersebut dan meneliti setiap huruf yang digunakan bagi mengelakkan daripada mempunyai kesalahan sebelum membelinya.

Pembeli juga katanya perlu mengenal pasti kedai dan penulis barangan tersebut agar mengetahui kreateria hasil penulisan seni Kufi itu agar terjamin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.