VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 24/10/2012

Pengiktirafan Jakim

PERNIAGAAN semakin menguntungkan." Begitulah ungkapan rata-rata peniaga syarikat yang ditemui baru-baru ini, selepas mendapat pengiktirafan logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Walaupun ada antara kalangan syarikat tersebut dilihat telah berkembang dan mendapat tempat di negara jiran atau mengambil konsep dari luar, namun kestabilan jenama semata-mata didapati masih belum cukup untuk menarik perhatian pengguna di pasaran.

Malah ada juga yang mengakui kumpulan sasaran pasaran mereka agak terbatas kepada golongan tertentu sahaja di negara ini kerana tidak mempunyai logo halal sebelum ini.

Tinjauan Mega ke Halal Festival 2012 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini mendapati, rata-rata peniaga dan syarikat pengeluar semakin menyedari kepentingan penggunaan logo halal yang diiktiraf oleh Jakim.

Para peniaga syarikat akan berusaha mendapatkan sijil halal yang hanya disahkan oleh Jakim walaupun diakui terpaksa melalui beberapa prosedur yang ditetapkan oleh Jakim dan agak rumit.

Ternyata Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) yang berkuat kuasa pada awal tahun ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peniaga dan sekali gus menganjakkan industri halal negara setapak ke hadapan.

Jurucakap Coolblog Dessert Sdn. Bhd., Muhammad Daniel Koh Abdullah berkata, melihat kepada pasaran tempatan di negara ini yang majoritinya umat Islam, pihaknya membuat permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan halal.

"Kita tahu, kehendak setiap orang adalah berbeza. Kita menubuhkan syarikat ini kerana melihat produk ini masih belum ada dalam pasaran tempatan dan bertujuan untuk memenuhi perbezaa cita rasa ramai .

"Walau bagaimanapun, dalam memenuhi cita rasa itu, kita juga perlu menitikberatkan status halal minuman tersebut kerana masyarakat di negara ini sangat mementingkan produk yang halal.

"Oleh itu, kami berusaha mendapatkan sijil halal bagi memastikan umat Islam turut dapat menikmati produk kami dengan yakin. Ini juga kerana kuasa beli 100 peratus adalah terletak di tangan pengguna," katanya ketika ditemui.

Syarikat minuman segera yang mengambil konsep dari Singapura itu telah beroperasi di negara ini sejak 2008 dan kini mempunyai 220 cawangan di seluruh negara.

Bagi mengekalkan status halal tersebut terjamin, Muhammad Daniel berkata pihaknya akan membuat ujian makmal terhadap setiap produk yang dipasarkan dan memastikan setiap proses kerja dilakukan dengan kemas.

"Pihak penguatkuasa akan membuat pemantauan berkala, jadi syarikat perlu memastikan semua perkhidmatan diuruskan dengan baik sebagaimana yang telah digariskan oleh Jakim dalam menentukan kriteria produk halal.

"Kami akan menghantar setiap jenis produk minuman kami kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk ujian makmal setiap tiga bulan," jelasnya.

Berbaloi

Dalam pada itu, Pengurus Pembangunan IceRoom, Vithylinggam Letchumanan berkata, pihaknya amat menitikberatkan soal sumber bahan makanan yang digunakan mestilah halal.

"Sebelum ini saya ingat untuk mendapatkan pengiktirafan sijil halal hanya perlu menjaga kandungan bahan dalam makanan atau produk. Pastikan produk itu tidak bercampur dengan sumber yang haram dalam Islam terutamanya enzim khinzir.

"Rupa-rupanya, kami perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan daripada mula proses pembuatan hingga akhir. Ini termasuk menjaga kebersihan makanan, elakkan daripada percampuran, penyusunan makanan dan sebagainya," katanya.

Katanya lagi, walaupun bukan beragama Islam, tetapi melalui prosedur yang telah ditetapkan tersebut ia jelas menunjukkan betapa kerajaan menitikberatkan penyebaran produk halal di negara ini.

"Untuk mendapat pengiktirafan halal ini bukan mudah. Jadi, kesimpulannya umat Islam tidak perlu bimbang untuk mengambil produk atau makanan yang dikeluarkan oleh sesuatu syarikat jika mempunyai logo halal tersebut.

"Malah, selepas syarikat ini mendapat sijil halal pada awal tahun lalu, pelanggan kita juga semakin ramai dan jualan juga semakin memberangsangkan. Walaupun agak sukar dan memakan masa tetapi tetap berbaloi kerana mendapat pulangan yang lebih baik," jelasnya.

IceRoom telah beroperasi di negara ini sejak 2009 dengan beribu pejabat di Nilai, Negeri Sembilan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.