VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 12/10/2012

Seni hiasan
cap mohor

PERINCIAN hiasan di sekeliling cap mohor pemerintah Dinasti Qajar, Nasir al-Din Shah (mm. 1848 - 1896)

FIRMAN merupakan sejenis dokumen rasmi yang mengandungi titah atau perintah sultan sesebuah kerajaan Islam. Terdapat pelbagai jenis firman yang dikeluarkan oleh pihak istana dan satu persamaan di dalam kesemua jenis firman ini ialah ia perlu mempunyai cap mohor sultan yang memerintah bagi mengesahkan kandungan dokumen tersebut.

Antara kerajaan Islam yang terkenal dengan keindahan firman ialah Empayar Safavid dan Qajar di Iran dan Empayar Mughal di India. Cap mohor merupakan satu peralatan penting yang melambangkan kuasa bagi pemerintah terutamanya sultan.

Cap mohor dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan saiz. Keindahan hiasan yang dihasilkan di sekeliling cap adalah unik kerana tidak ada pengulangan hiasan pada dokumen lain walaupun menggunakan cap mohor yang sama.

Cap mohor sultan mesti diletakkan di bahagian tengah dan lebih tinggi daripada teks isi kandungan dokumen. Ia secara langsung melambangkan kuasa dan kedudukan pemilik cap mohor yang mengeluarkan titah perintah tersebut.

Sungguhpun cap mohor pemerintah Qajar dan Safavid telah sememangnya indah dan halus buatan hiasannya namun ia masih lagi ditambah dengan hiasan selepas ia dicap di atas dokumen.

Walaupun mungkin terdapat campur tangan sultan dalam pemilihan corak dan gaya hiasan namun apa yang dapat dilihat hari ini terdapat dua jenis hiasan di sekeliling cap mohor yang diletakkan di atas firman iaitu hiasan yang sarat dan hiasan yang ringkas.

Hiasan yang sarat digunakan bagi dokumen yang dikeluarkan untuk para pemerintah kerajaan dan juga keluarga diraja. Sebagai contoh, sehelai firman pengurniaan gelaran kepada adinda Sultan Nasir al-Din Shah yang bernama Abd al-Samad Mirza pada tahun 1861 Masihi /1278 Hijrah sebagai Izz al-Dawlah yang membawa gelaran tertinggi di dalam kerajaan Sultan Nsir al-Din Shah, sekeping dokumen yang dicap dengan cap mohor Sultan Nasir al-Din Shah telah disiapkan dengan amat indah. Ditulis dan dihias dengan dakwat emas serta motif bunga-bungaan yang berwarna-warni. Cap mohor yang digunakan di atas dokumen ini tertulis ayat dalam bahasa Parsi seperti berikut: al-Mulk lillah ta'ala, Taki dast-i-Nasir al-Din hatim-i-shahi girift, say-i-dad u mu'adilat az mah ta mahi girift.

Sementara sehelai lagi firman yang berasal dari empayar Mughal pula mempunyai gaya sentuhan yang berlainan apabila cap mohor sultan diletakkan di bahagian tepi kanan daripada kotak teks dokumen. Cap mohor tersebut dimiliki oleh Shah Alam III yang dikeluarkan pada 1801 Masihi / 1216 Hijrah.

Firman ini juga merupakan dokumen pengurniaan gelaran kepada seorang pegawai Barat yang bernama James Ruthvan Elphinstone sebagai nasir al-mulk bahadur delaver jang. Selain bentuk cap mohor yang telah sedia unik dalam bentuk mahkota di bahagian atas, ia turut diberikan hiasan tambahan dengan lukisan payung. Cap mohor yang diletakkan kelihatan seakan-akan sebuah takhta yang dipayungi dengan sekaki payung emas dan bertatah batu permata pelbagai warna.

Untuk maklumat lanjut mengenai seni hiasan cap mohor sila lawati pameran Nilai Sebentuk Tanda: Cap Mohor Dunia Islam yang sedang berlangsung di Muzium Kesenian Islam Malaysia sehingga 27 Januari 2013. Sebuah buku terbitan MKIM berjudul, Lasting Impression: Seals from the Islamic World yang ditulis oleh dua orang pakar dalam Manuskrip Dunia Melayu dan Kesenian Islam Timur Tengah, Dr. Annabel Teh Gallop dan Dr. Venetia Porter, boleh dibeli di Kedai Muzium.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.