VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 10/10/2012

Dr. Zakir Naik di TV AlHijrah

Dr. Mohd. Yusof Nor (kiri) menyerahkan cenderamata kepada Dr. Zakir Naik yang turut disaksikan oleh Bukhari Che Muda.

MENYEDARI media merupakan platform terkini untuk menyebarkan dakwah Islam kepada segenap lapisan masyarakat, saluran televisyen sering kali digunakan untuk tujuan mulia tersebut.

Kewujudan saluran televisyen bercorak Islam di beberapa buah negara Islam, mencerminkan bahawa proses dakwah perlu dipelbagaikan dalam usaha memberi penerangan berhubung agama tersebut kepada umat manusia.

Pelancaran saluran televisyen bercorak Islam pertama di Malaysia, TV AlHijrah pada dua tahun lalu merupakan satu dimensi baru dalam negara ini untuk memperkenalkan kesempurnaan ajaran agama itu kepada masyarakat.

Bukan sahaja ditontoni oleh umat Islam, tetapi masyarakat bukan Islam turut menerima rancangan yang dipaparkan menerusi saluran televisyen tersebut.

Oleh demikian, bagi menambah kualiti dan jumlah kandungan rancangan televisyen, TV AlHijrah mengorak langkah ke hadapan dengan mengadakan kerjasama dengan Peace TV dari Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE) iaitu sebuah saluran satelit Islam non profit (bukan bertujuan untuk mengaut keuntungan).

Melalui kerjasama itu Peace TV melalui wakilnya Harmonic Media, stesen televisyen tersebut yang berpusat di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah bersetuju untuk menawarkan beberapa programnya kepada TVAlHijrah.

Buat permulaan, pada 6 Oktober ini, TV AlHijrah dengan kerjasama Peace TV akan menyiarkan sebuah program ilmiah bertajuk Tonight With Dr. Zakir Naik sebanyak 13 episod yang menampilkan tokoh intelektual terkemuka Islam, Dr. Zakir sebagai penceramah pada setiap Sabtu pukul 9.30 malam.

Menurut Pengerusi TVAlHijrah, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Nor, Tonight With Dr. Zakir Naik akan membincangkan dan menghuraikan topik-topik pilihan sekitar kehidupan serta norma-norma Islam yang sesuai untuk dijadikan panduan kehidupan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.

"Dr. Zakir Naik merupakan seorang tokoh perubatan dan pendakwah yang banyak mengelilingi dunia dalam memberi ceramah berhubung kefahaman Islam.

"Oleh demikian, pengalaman yang terdapat pada tokoh itu dilihat mampu mewujudkan kesedaran dan pemahaman yang lebih baik bahawa Islam merupakan ajaran benar dan aman bagi seluruh umat manusia menerusi tajuk yang dikupas," katanya.

Ujar beliau, program dalam Bahasa Inggeris itu akan dimuatkan dengan siri ceramah Dr. Zakir Naik yang dirakam sepanjang lawatan ke seluruh negara bermula pada 27 September lalu di Johor dan berakhir di ibu negara selain rakaman yang dilakukan di studio TV AlHijrah.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda berkata Tonight With Dr. Zakir Naik merupakan antara program televisyen melibatkan kerjasama Peace TV dan banyak kandungan lagi akan dipaparkan pada tahun hadapan.

Bukhari memberitahu bahawa kerjasama itu adalah hasil lawatan perniagaan ke negara timur tengah pada dua tahun lalu bagi meninjau peluang dan kerjasama yang boleh dilakukan dari dunia Arab.

Dalam perkembangan lain, kata beliau, bermula pada 6 Oktober ini, TV Alhijrah akan menambahkan waktu siarannya kepada 20 jam iaitu bermula dari pukul 6 sehingga 2 pagi bersempena musim haji dengan dimuatkan dengan pelbagai rancangan televisyen berkisar soal haji termasuk siaran langsung oleh krew TV AlHijrah yang kini berada di Tanah Suci.

Selain itu, bersempena ulang tahun kedua penubuhan TV Alhijrah pada 15 November ini bersamaan Tahun Baru Hijrah, beliau berkata bahawa pihaknya sedang berusaha dan merancang pelbagai program televisyen bagi menarik minat para penonton termasuk masyarakat bukan beragama Islam.

"Selama dua tahun ini, kita telah banyak terima maklum balas daripada orang ramai, bahkan kami menerima maklumat bahawa terdapat segelintir rakyat Malaysia yang sebelum ini tidak minat menonton televisyen, akhirnya meminati selepas menonton TV Alhijrah," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.