VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 28/09/2012

Haram menjadi halal

PENGGUNAAN unsur babi dalam industri tidak pernah sunyi daripada menjadi topik perbualan. Malah isu itu sering menjadi topik utama yang dibahaskan oleh orang ramai sejak dahulu.

Namun, tidak dapat dinafikan babi merupakan salah satu spesies yang mendapat perhatian dalam penyelidikan sains kerana mempunyai bahan yang boleh digunakan dalam industri makanan, perubatan dan barang keperluan harian.

Justeru, penggunaan unsur babi dalam industri terus mengundang stigma dalam masyarakat Islam kerana ia membabitkan sensitiviti dan menyentuh hampir keseluruhan aspek kehidupan manusia.

Kesannya, masyarakat dibelenggu kekalutan dan kekeliruan yang tidak berpenghujung dalam soal halal dan haram dalam kehidupan harian. Akhirnya mereka menuding jari kepada pihak berkuasa.

Permasalahan itu akan terus membimbangkan dan tiada kesudahan jika tidak mencari penjelasan dan penyelesaian terhadap persoalan tersebut.

Bagi merungkai isu yang semakin meruncing itu, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menerbitkan buku Bila Babi Bukan Babi: Analisis Awal dengan mengumpulkan siri perbincangan yang diadakan di IKIM berhubung isu tersebut.

Buku suntingan Norkumala Awang itu mendedahkan maklumat penting berlandaskan nas sahih dan hadis kepada seluruh umat Islam di negara ini agar dapat menghilangkan rasa keliru terhadap jaminan untuk mendapatkan makanan atau barangan halal.

Orang ramai dapat membuat carian pantas terhadap permasalahan mereka melalui buku ini kerana di bahagikan kepada empat topik utama dalam setiap bab.

Bab tersebut adalah Bilakah babi bukan lagi dianggap babi? Isu dan penyelesaiannya, Pertukaran status haram kepada halal; Simbiosis Antara Kaedah Syarie dan Pertimbangan Akli, Darurat Ubat Babi: Sampai Bila dan Kandungan dan Penggunaan Ubat: Antara Ketelusan Pengilang, Kepekaan Pengguna dan Penguasaan Pemerintah.

Dalam bab pertammembincangkan teori istihalah atau transformasi sebagai satu instrumen perubahan hukum dalam menyelesaikan permasalahan hukum halal dan haram yang timbul untuk kegunaan harian manusia khususnya dalam konteks penggunaan bahan berunsurkan babi.

Bab kedua pula membincangkan tentang prinsip dan dan makanisme yang tertentu dalam syariah yang boleh membebaskan umat Islam daripada beberapa kesukaran yang dihadapi.

Ia menyediakan huraian terperinci mengenai pemahaman berkaitan dengan istihalah dan istihlak yang mampu merungkai permasalahan dan dilema masyarakat umum masa kini.

Dalam bab ketiga pula menghuraikan secara lanjut penggunaan unsur babi dalam industri perubatan dengan memberikan nas yang mengharuskan penggunaan bahan tidak halal dalam ubat-ubatan.

Di samping itu, buku ini turut mengajak masyarakat terutamanya bagi umat Islam untuk berfikir dan membuka minda bahawa sebagai pengguna mempunyai hak-hak tertentu dalam menentukan masa depan industri halal tanah air.

Pengguna yang memainkan peranan penting dalam membuat pilihan bagi meningkatkan permintaan produk halal di pasaran, sekali gus membuatkan pengeluar berusaha mengeluarkan produk yang halal.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.