VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 07/09/2012

Pantau elak penyelewengan

PERBUATAN khurafat dan pemujaan sering dilakukan oleh sesetengah individu untuk mendapatkan sesuatu yang diingini secara jalan pintas atau mudah.

Walaupun Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah mewartakan bahawa perbuatan itu adalah haram kerana menyimpang daripada ajaran Islam, namun ia dipercayai masih dilakukan oleh golongan tertentu yang kurang ilmu agama.

Busut, kubur, pokok kayu, telaga keramat, bukit dan tapak peninggalan bersejarah adalah antara lokasi tumpuan yang menjadi pilihan untuk melakukan perbuatan khurafat dan pemujaan tersebut.

Dengan harapan, ia dapat memberikan pertolongan untuk manfaat diri sendiri melalui objek atau ayat tertentu yang dianggap mempunyai kuasa ghaib apabila dijampi atau dipuja.

Sehubungan itu, Dekan Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata, pemantauan berterusan perlu dilakukan oleh penjaga atau waris sesuatu lokasi itu bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang penyelewengan.

Bagaimanapun tegasnya, sekiranya masalah itu tidak dapat diatasi maka penjaga atau waris sesuatu tempat itu perlu menutup atau menghapuskan tempat itu bagi kemaslahatan umum dan menyelamatkan akidah umat Islam.

"Antara kawasan tumpuan golongan khurafat ini melakukan pemujaan adalah tempat peninggalan sejarah. Lebih-lebih lagi yang ditinggalkan oleh tokoh agama atau individu yang berpengaruh.

"Tidak salah jika kita ingin menyambung tradisi ulama itu melakukan ibadah di kawasan tersebut. Tetapi apa yang dikhuatiri adalah penyelewengan yang mungkin dilakukan oleh golongan yang kurang ilmu agama ini.

"Oleh itu, pemantauan berterusan perlu dilakukan oleh penjaga kawasan tersebut. Tetapi, jika ia didapati tidak dapat dipantau atau perkara sama masih berulang, maka waris tempat itu perlu menutup kawasan tersebut daripada dilawati umum.

"Ia sebagaimana yang dilakukan di Mesir dan Arab Saudi yang menghapuskan sesetengah kawasan peninggalan ulama terdahulu bagi mengelakkan sebarang pemujaan atau penyelewengan akidah berlaku. Itu sebab jika kita lihat banyak lokasi bersejarah telah terhapus," jelasnya.

Dalam pada itu tambahnya, penjaga juga perlu mengenalpasti dan memantau sebarang kegiatan individu yang datang ke kawasan itu, sama ada untuk melakukan ibadah atau sebaliknya.

"Sebagai contoh, kubur yang digunakan oleh ulama untuk menyendiri bagi melakukan amalan suluk atau berkhalwat kepada Allah SWT, tidak menjadi masalah bagi kita untuk menyambung amalan tersebut malah digalakkan di dalam Islam.

"Ini kerana, bersuluk di tempat yang tenang dan sunyi dapat memudahkan kita menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah yang dilakukan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT," katanya.

Dr. Mahmood berkata, selain dilakukan di tempat yang sunyi, suluk lebih baik diamalkan di dalam masjid untuk mendapatkan pahala iktikaf di rumah Allah SWT.

"Ibadah suluk bukan sahaja boleh dilakukan di tempat yang tersembunyi, malah ia digalakkan juga untuk diamalkan di dalam masjid. Ini kerana masjid adalah lebih baik kerana ia merupakan rumah Allah SWT," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.