VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 23/08/2012

Lori punca rezeki

LZS penuhi hasrat Zainal Abidin Ghani apabila meluluskan pembelian sebuah lori yang bernilai RM24,000, beberapa bulan lalu.

DI tepi jalan besar dari Ulu Yam ke Batu Caves, Selangor sebuah lori berwarna putih tersergam gagah di pesisir kirinya. Di dalam lori, penuh dengan muatan buah-buah cempedak. Juga kelihatan kelibat seorang lelaki yang menyediakan keperluan.

Dia mengangkat dapur dan kuali, periuk berisi isi cempedak dan sebagainya. Sekali imbas, tiada siapa menyangka bahawa umurnya sudah menginjak hampir 60 tahun.

Namun, itulah batang tubuh milik Zainal Abidin Ghani, 59, yang bakal mengisi ruangan Jejak Asnaf kali ini.

Seorang lelaki yang tidak mensesiakan peluang dan ruang yang diberi oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS), untuk merubah kehidupan menjadi lebih bererti.

"Saya memang sudah lama berniaga. Dahulu, sebelum saya mendapat lori zakat ini, saya menjual nasi lemak. Kala itu, pendapatan tidaklah seberapa.

"Maklumlah, saya tidak mampu pergi jauh tanpa adanya kenderaan. Kadang kala, baru buka perniagaan, hari pula hujan.

"Rugilah jawabnya. Pernah saya dilanda hujan ribut, habis terpelanting segala persiapan jualan. Sedih rasanya, modal sudah keluar, wang satu sen pun belum dapat," kata Zainal menceritakan liku-liku perniagaannya.

Mengenangkan kisah lama, Zainal asalnya bekerja sebagai buruh kontrak di tapak-tapak pembinaan sekitar Kuala Lumpur.

"Saya sudah ada di Kuala Lumpur pada awal tahun 1970-an. Saya bekerja kontrak dengan gaji ketika itu, hanya RM85 sebulan. Pernah juga saya menerima gaji harian, dengan nilai RM5.50 ketika itu. Pelbagai jenis bangunan saya bina, sama ada perumahan, bangunan kerajaan dan sebagainya. Bahkan, Universiti Malaya itupun, ada bangunan lamanya telah dibina oleh saya dan rakan-rakan," begitulah menunjukkan lamanya Zainal berkecimpung dalam dunia pembinaan.

Dia menamatkan zaman sebagai pekerja kontrak pembinaan pada 2008 dan gaji kala itu RM55 sehari.

Sepanjang bekerja sebagai buruh kontrak, tiga kali Allah panjangkan usianya.

"Dua kali saya jatuh bangunan setinggi dua tingkat dan sekali saya ditimpa kayu-kayu penyangga tetulang bangunan. Jika tidak, mungkin saya sudah meninggal dunia," cerita Zainal.

Apabila ditanya mengenai keseluruhan keadaan kehidupannya selama menjadi pekerja kontrak, Zainal menyatakan bahawa ia amat memeritkan.

"Cuba bayangkan, dengan usia makin tua, kudrat makin kurang, gaji yang kecil, dibayar mengikut hari dan paling tinggi saya boleh bekerja 18 hari sebulan, berapa sangatlah pendapatan saya.

"Tetapi, waktu itu saya tidak tergamak meminta bantuan zakat. Saya nekad mengusahakan sendiri keperluan setakat mana yang terdaya," ujar Zainal yang berasal dari Sekinchan, Selangor.

Ketika ditanya tentang perkenalannya dengan LZS, Zainal memberitahu semuanya berkat kesungguhan seorang amil kariah yang memintanya mengisi borang bancian zakat.

"Saya ini, usia sudah 50-an tetapi tanggungan pun ramai juga. Saya berkahwin kali kedua setelah isteri pertama meninggal dunia. Dengan isteri pertama saya mempunyai empat orang anak yang kini sudah pun dewasa.

"Manakala, isteri kedua saya, kami dikurniakan seorang anak. Namun begitu, saya turut memelihara dua orang anak tiri dan juga seorang anak angkat," ujar Zainal.

Katanya, sudahlah tanggungan ramai, pendapatan pula tidak menentu, jualan nasi lemak pula ada kalanya baik ada kalanya tidak dan biasanya mendapat keuntungan kasar RM70 sehari.

"Semua keperluan keluarga tergantung kepada nasi lemak. Akhirnya, amil kariah yang tahu tentang keadaan saya, meminta saya mengisi borang bancian dan kemudiannya saya diterima sebagai asnaf pada 2010," tambah Zainal.

l HAMIZUL ABDUL HAMID ialah Eksekutif Komunikasi Korporat di Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.