VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 02/08/2012

Nikmat kegembiraan

Amal ibadat ikhlas kerana Allah SWT pasti beroleh ganjarannya hebat. - Gambar hiasan

TERDAPAT dua kegembiraan yang jelas bagi umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadan. Kegembiraan ini tidak dapat dirasakan oleh mereka yang tidak berpuasa. Ia adalah suatu kenikmatan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Mencari kegembiraan dalam kehidupan adalah sesuatu yang sukar ditemui. Kegembiraan bagi orang yang berpuasa akan dinikmati oleh semua orang sama ada mereka itu golongan kaya atau miskin. Nikmat kegembiraan ini sama dirasakan oleh hati dan perasaan.

Bagi menjelaskan kegembiraan ini, daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya kegembiraan dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad di tangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kesturi. (riwayat Imam Ahmad, Muslim dan al Nasai).

Hadis qudsi ini menggambarkan kemuliaan orang yang berpuasa semata-mata kerana Allah SWT yang sudah pasti mendapat pembalasan daripada-Nya. Kegembiraan apabila seseorang itu berbuka puasa dapat dibayangkan betapa nikmatnya setelah sehari suntuk berlapar dan dahaga, waktu berbuka dapat menikmati hidangan dan makanan yang disediakan.

Orang yang berpuasa juga akan merasa gembira sewaktu berbuka. Ini disebabkan waktu itulah mereka dapat berkumpul bersama keluarga dan makan bersama-sama semasa berbuka. Pelbagai juadah yang disediakan mengikut kemampuan dapat dinikmati setelah sehari suntuk berpuasa.

Seterusnya orang yang berpuasa genap sebulan Ramadan akan mendapat kegembiraan berhari raya iaitu Hari Raya Aidilfitri. Pada hari raya mereka dapat menikmati pelbagai juadah dan makanan kuih muih yang disediakan.

Mereka juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga pada hari raya. Kegembiraan ini adalah manifestasi daripada berbuka puasa yang konsepnya lebih besar dan luas.

Ibnu Jauzi menyatakan, hari raya mempunyai persamaan dengan hari akhirat. Ketika mereka telah terbangun daripada tidur panjang mereka dan berduyun-duyun menuju perayaan, seperti orang-orang yang telah mati keluar dari kuburnya masing-masing menuju tempat mereka berkumpul. Ada di antara mereka yang mengenakan perhiasan dan menaiki kenderaan serba mewah. Ada juga yang kelasnya menengah dan ada pula kelas rendah untuk menemui Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Mereka itulah orang-orang yang didekatkan (kepada Allah). (al Waaqi'ah: 11).

Kegembiraan seterusnya adalah orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan takwa akan dapat bertemu dengan Allah SWT pada hari akhirat nanti. Kegembiraan ini telah dijanjikan oleh Allah SWT sebagai balasan atas amalan puasanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.