VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
AGROBIZ

ARKIB : 01/12/2012

Minuman sarang burung walet campur madu, air zam-zam kini di pasaran

MAHANI Husin menunjukkan produk minuman kesihatan berasaskan sarang burung walet keluaran syarikatnya di Tapak Pameran MARDI, Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 di Serdang, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Sebuah syarikat tempatan yang aktif dalam industri kecantikan dan kesihatan, G ha Collocalia Sdn. Bhd. menjadi syarikat pertama di dunia yang menghasilkan produk minuman kesihatan sarang burung walet dengan campuran madu dan air zam-zam.

Pengarahnya, Mahani Husin berkata, produk yang diperkenalkan menerusi jenama Collocalia itu mula dipasarkan sejak dua bulan lalu.

"Pada ketika ini, pengusaha-pengusaha produk kecantikan antarabangsa telah menggunakan kebaikan yang ada pada sarang burung walet untuk tujuan meningkatkan kecantikan.

"Dengan adanya beberapa bahan tambahan seperti madu dan air zam-zam, memberi kesan lebih baik bagi tujuan kecantikan dan kesihatan yang optimum," katanya ketika ditemui di Pavillion Kelantan sempena Pameran Pertanian, Holtikultur dan Agro Pelancongan 2012 (MAHA 2012) di Serdang hari ini.

Penyelidikan saintifik moden mendapati sarang burung walet mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin sekali gus menjadikannya produk kesihatan semula jadi yang baik untuk semua peringkat umur.

"Dengan kekerapan meminum dua kali sehari, manfaat sarang burung walet membantu melawan penyakit lemah jantung, gout, buah pinggang, melambatkan proses penuaan serta melancarkan haid," jelas Mahani.

Katanya, manfaat sarang burung walet juga boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan bergantung kepada cita rasa tersendiri.

Buat masa ini, pihaknya menyediakan tiga variasi berbeza iaitu laici, vanila dan cappuccino dengan harga jualan antara RM195 dan RM355.

Orang ramai yang ingin mencuba perbezaan produk minuman kesihatan keluaran syarikat tersebut boleh berbuat demikian dengan mengunjungi Pavillion Kelantan sempena MAHA yang akan berlangsung sehingga Ahad ini.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.