VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
AGROBIZ

ARKIB : 20/07/2012

Istimewanya Santan Padang

Santan dicairkan dengan air bertapis bagi mengurangkan 14 peratus lemaknya.

SANTAN adalah cecair dari kelapa tua yang berperisa lemak dan digunakan untuk menyedapkan lagi masakan.

Pada masa dahulu, ia diperah daripada kelapa yang dikukur atau diparut. Tetapi sekarang proses menghasilkan santan sudah melalui penggunaan mesin berteknologi alaf baru.

Cara menghasilkan santan itu pula bukan saja ternyata lebih bersih, tetapi berkuantiti dan berkualiti tinggi serta mengambil masa yang cukup singkat.

Permintaan yang semakin melonjak terhadap santan segar, mendorong dua usahawan, Dani Sabri Ibrahim, 37, dan Zainuddin Kamaruddin, 46, berjinak-jinak dalam dunia perniagaan berkenaan sehingga menghasilkan produk jenama Santan Padang.

Santan Padang dihasilkan menerusi syarikat Best Twin Traders Sdn. Bhd. (BTT) yang berpusat di 220-1B, Jalan Haruan 5/6, Oakland Commercial Centre 2, Seremban, Negeri Sembilan.

Mohd. Dani selaku Pengarah Operasi BTT memberitahu, untuk menghasilkan Santan Padang dalam bentuk produk yang dipaketkan itu, BTT menggunakan teknologi terkini yang berpusat di Senawang New Industrial Park di Seremban.

"Untuk menghasilkan produk ini, kami membeli santan pekat daripada pembekal tempatan. Secara purata santan mengandungi 60 hingga 65 peratus lemak. Santan itu kemudian dicairkan dengan air bertapis sehingga 14 peratus daripada lemaknya kurang.

"Proses berikutnya, santan dipanaskan kira-kira 20 minit dengan suhu 70 hingga 80 darjah Celcius bagi mengembangkan lagi kandungan santan itu sendiri. Kemudian barulah terhasil santan tulen," ujarnya.

Selepas itu, jelas Mohd. Dani, santan melalui pula proses pensebatian sebelum disalurkan ke tangki khas yang dikawal pada suhu 60 darjah Celcius.

Sesudah itu, ia melalui proses filling mesin, diikuti santan dimasukkan ke mesin penstrilan (sterilizer) untuk mematikan bakteria.

Menyentuh proses penstrilan santan, Pengarah Operasi BTT itu memberitahu, ia mengambil masa kira-kira 30 minit iaitu satu lagi disiplin wajib yang menggunakan suhu 121 darjah Celsius, sebelum proses pengeringan, pembungkusan dan pemasaran.

Mengenai proses pembungkusan pula, beliau menyatakan, BTT menyediakan tiga kandungan paket iaitu 200 mililiter (ml), 500ml dan satu liter.

"Bagi santan paket 200ml, kemampuan mesin boleh menghasilkan 1,700 paket sejam. Buat paket 500ml pula kami keluarkan 1,000 paket sejam.

"Sementara untuk kandungan satu liter, ia boleh mengeluarkan 500 kilogram setiap jam. Secara purata, kemampuan pengeluaran bulanan bagi paket 200ml ialah 21,000 karton.

"Begitu juga untuk paket 500ml dan kami tidak bermasalah menghasilkan 21,000 karton bagi kandungan satu liter," ujarnya.

Mohd. Dani menegaskan, Santan Padang yang dihasilkannya itu bebas daripada bahan pengawet dan disahkan halal.

"Bahan asas utamanya ialah santan yang dicampurkan dengan sebatian iaitu Xanthan Gum. Bahan sebatian itu berfungsi untuk mensebatikan air dan santan.

"Walaupun tanpa bahan pengawet, kandungan santan tetap segar. Jangka hayat Santan Padang pula boleh bertahan sehingga dua tahun," tegas Mohd. Dani.

Harga runcit santan Padang ialah RM2.40 (200ml), RM4.80 (500ml) dan RM8.70 (satu liter).

Sehingga kini BTT memiliki 28 pengedar seluruh negara, tetapi masih membuka peluang buat pengedar di Pulau Pinang dan Perlis.

Santan Padang juga boleh didapati di pasar raya Giant, Mydin, Tesco, Carrefour dan Aeon Jusco.

Menyentuh rekod jualan sejak santan Padang diperkenalkan mulai Disember 2011, usahawan itu memberitahu, sehingga kini BTT mencatatkan jualan yang kian melonjak, terutama menguasai sebahagian besar pasaran di Lembah Klang.

Mohd. Dani memberitahu, proses pemasaran santan Padang kini dikendalikan oleh Pengurus Jualan Kebangsaan BTT, Mohd. Yusof A. Rahman.

Mengenai eksport pula, beliau mengakui pihaknya sedang menjuruskan perhatian ke Hong Kong, China dan Brunei dengan menggunakan jenama yang sama iaitu santan Padang.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.