VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
AGROBIZ

ARKIB : 26/06/2012

Skim insurans pertanian diperinci

KUALA LUMPUR 25 Jun - Kabinet telah meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar memperincikan cadangan skim insurans pertanian bagi memastikan ia meliputi pelbagai aspek termasuk kos dan jenis pertanian.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, cadangan yang dibuat sejak 2009 itu akan diperincikan dengan kementerian-kementerian berkaitan sebelum diserahkan kepada Kabinet dalam tempoh dua minggu ini.

"Cadangan awal telah dikemukakan pada minggu lalu, namun Kabinet telah memutuskan agar kajian mendalam dibuat sama ada ia akan turut melibatkan jenis pertanian lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perasmian Simposium Lepas Tuai Antarabangsa (IPS) Ke-7 2012 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Menurut beliau, pada dasarnya, skim itu meliputi pesawah berikutan hasil pertanian mereka yang sering musnah akibat bencana alam.

"Sejak empat tahun lalu kerajaan telah memperuntukkan RM103 juta bantuan wang ihsan kepada pesawah yang mengalami kerugian akibat hasil tanaman musnah, namun bantuan ini tidak dapat menampung kos kerugian keseluruhan," katanya.

Justeru, katanya, insurans pertanian itu diperkenalkan namun kerajaan akan memastikan ia tidak bertindih dengan bantuan dan insentif sedia ada.

Pada masa sama, Noh berkata, cadangan insurans pertanian itu telah dibuat sejak 2009 sekali gus mendahului resolusi Himpunan Hijau pihak pembangkang yang mahu kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan perkara sama.

"Kerajaan telah menimbang perkara ini sejak dahulu lagi, justeru saya ingin tekankan bahawa jika cadangan ini diluluskan oleh Kabinet, ia bukan disebabkan desakan atau resolusi pihak pembangkang tetapi ia adalah hasil inisiatif kementerian," tegas beliau.

Malah menurut beliau, himpunan berkenaan yang turut meluluskan resolusi agar kerajaan menambah 50 peratus lagi subsidi kepada petani adalah tidak sesuai, sebaliknya kerajaan mengutamakan insentif kepada petani.

"Kerajaan telah memperuntukkan RM500 juta subsidi padi setiap tahun iaitu RM248 subsidi bagi setiap tan metrik padi dan skim insentif peningkatan hasil padi kepada petani sejak 2007," katanya.

Melalui skim itu, beliau berkata, kerajaan memberi insentif RM650 bagi peningkatan setiap metrik tan padi kepada para petani dan sehingga kini kerajaan telah memperuntukkan lebih RM400 juta untuk skim tersebut.

"Sejak 2007 kerajaan telah memperuntukkan hampir RM1 bilion untuk subsidi dan skim tersebut kepada para petani," ujar beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.