VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
AGROBIZ

ARKIB : 11/06/2012

Projek tanaman Vitato bantu petani

Mat So'od Ab. Rahman (kanan) memberi penerangan kepada Azihan Mohd. Ramli mengenai tanaman Vitato di Tok Bali, Kelantan.

Jika dahulu mereka menanam tembakau sebagai aktiviti ekonomi untuk menyara hidup, pengenalan kepada inovasi baru membawa harapan baru kepada petani di Tok Bali itu.

Menanam komoditi tembakau bukanlah sukar bagi mereka yang telah berkecimpung dengan industri tanaman tersebut sejak sekian lama.

Sejak 10 tahun lalu, seorang penanam, Mohd. Azihan Mohd Ramli, menjadikan tembakau sebagai tanaman sara hidup sehinggalah dia diperkenalkan dengan varieti baru ubi keledek, Vitato.

Bagi Mohd. Azihan, yang mula menanam ubi berkenaan sejak tiga tahun lepas, pengurusan ladang lebih mudah berbanding

Ubi berkenaan lebih tahan lasak dan tiak memerlukan penjagaan teliti berbanding tembakau.

''Meskipun hasil tembakau juga lumayan tetapi ia memerlukan pemerhatian teliti,'' ujarnya yang memperuntukkan kawasan penanaman dua hektar di Kampung Kuala Semerak Tok Bali.

Mohd. Azihan merupakan seorang daripada lima sekumpulan peserta yang terbabit dalam penanam Vitato menggantikan tembakau di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Semerak.

Selain Mohd. Azihan turut terlibat sebagai peserta dalam kumpulan tersebut ialah Salina Nor. Salbiah Md. Nor. Nariah Che Wil dan Tarmizi Ishak yang masing-masing diperuntukkan kawasan penanaman seluas dua hektar.

Mereka beruntung kerana jika tidak menghadapi sebarang masalah , sebanyak RM8, 000 diraih oleh seorang peserta semusim.

Latar belakang Vitato

n Vitato merupakan hasil penyelidikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang dilancarkan pada 12 Jun 2007 .

n Ubi berkenaan yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, d Stesen MARDI, di Telong, Kota Bahru, Kelantan.

n Varieti ubi keledek yang mampu mengeluarkan hasil sehingga 40 tan sehektar itu berpotensi untuk menjadi tanaman komersial dan alternatif kepada tembakau.MARDI telah dipertanggungwab untuk menjalankan penyelidikan bagi mencari altenatif kepada tembakau dan ubi keledek dikenal pasti sebagai sangat sesuai diusahakan di kawasan tanah bris.Beberapa varieti ubi keledek telah disyorkan sebelum yang mana varieti Gendut telah disyorkan untuk dimakan segar. Telong dan Jalomas pula disyorkan untuk pemprosesan tepung kerana kandungan kanji yang tinggi.Kajian seterusnya telah mengenal pasti satu lagi varieti ubi keledek yang dikomersialkan dan akhirnya muncullah Vitato.Penyelidikan dan teknologi pengeluaran Vitato dijalankan di di Stesen Telong Bachok Kelantan kerana kawasan tanah di situ berpasir seperti bris dan bekas lombong.

Makna Vitato

n Vitato atau VitAto bermakna Vitamin A dan to untuk sweetpotato

n Isi Vitato berwarna oren kerana ia mengandungi beta-karotena yang apabila dimakan akan menjadi vitamin A dalam badan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.