BELUM sempat meninjau secara keseluruhan pusat beli belah, Sunway Velo City di Taman Maluri, Cheras, di sini, yang baru dibuka kurang lima bulan lalu, ada pula pembukaan pusat beli belah baharu yang lain, iaitu My Town, di kawasan berdekatan di Jalan Cochrane, yang mula beroperasi Khamis lepas.