KOTA BHARU 11 Feb. - Seramai 34 atlet dan pegawai Kelantan yang cemerlang di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menerima 'durian runtuh' dari Majlis Sukan Negeri (MSN), hari ini.
KUALA LUMPUR 31 Okt - Tindakan penyokong negara ‘menganjingkan’ Brunei dan Singapura menerusi chant (sorakan), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima padah apabila didenda AS$30,000 (RM127,000) oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), hari ini.
JOHOR BAHRU 20 Sept. - Sebanyak RM174,500 insentif diberikan kepada 54 atlet negeri ini yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Ke-29 (KL2017), baru-baru ini.
KLANG 11 Sept. – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyampaikan insentif Sukan SEA berjumlah RM540,000 kepada 98 atlet dan sembilan jurulatih dari negeri ini.
SECARA tiba-tiba nama Anja Chong An Ya meletup dan meniti di bibir ramai peminat sukan tanah air setelah gadis tersebut membuat kemunculan pertama dalam Sukan SEA 2017.
KUALA LUMPUR 2 Sept. – Boling jarang sekali menghampakan di pentas Sukan SEA apabila terus menjadi penyumbang tetap pingat emas kepada kontinjen Malaysia.
KUALA LUMPUR 2 Sept. - Jawatankuasa Perubatan dan Anti-Doping Sukan SEA Ke-29 (KL2017) mengesahkan terdapat satu kes positif setakat ini melibatkan pemenang pingat temasya itu yang berakhir Rabu lalu.
KUALA LUMPUR 1 Sept. – Stadium Nasional mampu untuk menganjurkan kejohanan olahraga peringkat dunia kerana memiliki kemudahan berkualiti tinggi setaraf Olimpik, kata seorang pegawai tinggi Presiden Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).
KUALA LUMPUR 31 Ogos - Satu pingat emas dan satu gangsa mungkin dilihat sumbangan terlalu kecil kepada kejayaan Malaysia muncul juara keseluruhan Sukan SEA 2017 tetapi jika dinilai pencapaian dua skuad ragbi negara, mereka telah memberikan khidmat yang tidak kurang hebatnya berbanding atlet terjun atau gimnastik.
BANGKOK 1 Sept. – Perdana Menteri Thailand, Jen. Prayut Chan-o-cha mempertahankan kejayaan besar Malaysia dalam Sukan SEA Ke-29 dengan menyifatkannya sebagai ‘normal’ bagi tuan rumah kerana persediaan yang lebih baik dilakukannya.
MSU College sentiasa menghargai dan mengiktiraf atlet-atlet yang berjaya mengharumkan nama kolej itu dan negara dalam pelbagai kejohanan tidak kira di peringkat universiti, kebangsaan mahupun antarabangsa.
IPOH 1 Sept. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melahirkan penghargaan kepada 25,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas menjaga keselamatan sewaktu berlangsungnya Sukan SEA 2017 tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
NILAI 31 Ogos – Kejayaan meraih 13 emas seperti yang disasarkan membuktikan Malaysia adalah kuasa besar berbasikal yang amat dicemburui di Asia Tenggara.
KUALA LUMPUR 31 Ogos – Setelah melepasi sasaran meraih dua pingat emas, skuad muay menaruh harapan besar kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk meneruskan program pembangunan sukan itu bagi membolehkan kejayaan lebih hebat diraih pada temasya di Filipina, dua tahun akan datang.
KUALA LUMPUR 30 Ogos – Mahu potret wajah digantung di dinding galeri dalam senarai lengkap penyumbang pingat emas negara pada Sukan SEA 2017 mendorong pasukan luncur ais 3,000 meter (m) pecut berganti-ganti lelaki merealisasikan impian meraih emas.
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Sebagai kuasa besar sukan terjun di Asia Tenggara, skuad negara nyata tiada tandingan apabila menyapu bersih 13 pingat emas yang ditawarkan di Pusat Akuatik Nasional pada Sukan SEA kali ke-29.
KUALA LUMPUR 30 Ogos – Teruja menyaksikan ribuan penyokong hadir membanjiri venue luncur ais di Stadium Luncur Ais Kebangsaan (MyNISS) Empire City, Damansara Perdana merupakan pengalaman paling berharga bagi pemenang tiga emas Sukan SEA 2017, Anja Chong An Ya.
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar hari ini mengumumkan penutupan secara rasmi Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017.
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Empire City menjadi saksi kepada pelengkap ke-145 pingat emas negara dalam Sukan SEA 2017 setelah pasukan 3000 meter speed skating berganti-ganti lelaki menjadi penyumbang terakhir pada hari penutup temasya itu di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Skuad luncur ais negara sekali lagi mempamerkan aksi bertenaga untuk meraih pingat emas menerusi acara 3000 meter speed skating wanita pada hari penutup Sukan SEA 2017 di Empire City di sini.
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Atlet angkat berat negara, Mohamad Fazrul Azrie Mohdad menutup gelanggang sukan itu dengan sebutir lagi pingat perak dalam saingan kategori 85kg di MITEC, sebentar tadi.
TIDAK keterlaluan dikatakan bahawa minggu ini paling sibuk dan meriah bagi rakyat Malaysia tahun ini. Masakan tidak, hari ini adalah hari penutup temasya Sukan SEA ke-29 KL2017. Esok pula ulang tahun ke-60 kemerdekaan negara manakala lusa Hari Raya Aidiladha.
PADA suatu ketika dahulu Malaysia begitu terkenal dengan kejohanan bola sepak Piala Merdeka yang diadakan ketika negara mahu menyambut Hari Kebangsaan. Pertandingan itu merupakan antara kejohanan bola sepak paling berprestij di Asia.
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Gandingan negara, Hanis Nazirul Jaya Surya dan Jellson Jabillin melengkapkan kutipan 13 emas skuad terjun di Sukan SEA kali ke-29 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Tiada tandingan, mungkin itu istilah yang sesuai untuk skuad terjun negara apabila meraih emas ke-12 di Sukan SEA kali ke-29 menerusi gandingan Leong Mun Yee dan Traisy Vivien Anak Tukiet dalam acara 10 meter platform seirama wanita.
KUALA LUMPUR 29 Ogos – Skuad Muay negara berjaya mencapai sasaran dua pingat emas yang ditetapkan dalam Sukan SEA Ke-29 yang berlangsung di MITEC, di sini hari ini.
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Hari ini adalah hari penuh emosi buat Anja Chong, yang kelihatan menangis ketika menaiki podium untuk menerima kalungan pingat emas dalam saingan luncur ais 500 meter speed skating wanita Sukan SEA Ke-29.
KUALA LUMPUR 29 Ogos – Malaysia mempersiakan peluang mencipta kejayaan berganda setelah tunduk kepada Singapura dalam perlawanan akhir kriket lelaki T20 yang berlangsung sengit pada Sukan SEA Ke-29 di Kinrara Oval dekat sini, hari ini.
PUTRAJAYA 29 Ogos - Seperti dijangka, ratu sukan luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah menambahkan dua lagi pungutan pingat emasnya dalam edisi Sukan SEA Ke-29 setelah mempamerkan aksi cemerlang dalam sukan luncur air yang berakhir ini.
KUALA LUMPUR 29 Ogos – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui agak berat baginya untuk menerima penyingkiran awal beliau dalam Kejohanan Dunia minggu lalu, namun bertekad bangkit untuk terus mengharumkan nama negara.
KUALA LUMPUR 29 Ogos – Penampilan kali pertama dan kedua di Sukan SEA Kuala Lumpur semestinya membawa pengertian berbeza buat penerjun senior negara, Leong Mun Yee yang berjaya meraih emas ke-16 peribadinya dalam temasya terbesar Asia Tenggara itu hari ini.
LANGKAWI 29 Ogos – Kejayaan Ahmad Latif Khan Ali Sabri Khan, Muhammad Fauzi Kaman Shah, dan Nurul Shazwani Mohd. Saad merangkul pingat emas hari ini mengesahkan penguasaaan Malaysia dalam sukan pelayaran di rantau ini apabila mengutip enam daripada 14 pingat emas ditawarkan di sepanjang Sukan Sea ke-29 (KL2017).
NILAI 29 Ogos - Basikal trek menutup gelanggang di Velodrom Nasional di sini hari ini dengan menokok lima lagi pingat emas untuk membolehkan mereka mencapai sasaran 11 emas yang ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN).
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Jaguh silat negara, Al Jufferi Jamari antara pesilat yang paling beruntung apabila berjaya merealisasikan impiannya untuk ‘membina masjid’ dengan kilauan pingat emas Sukan SEA Ke-29.
KUALA LUMPUR 29 Ogos – Tiada belas simpati diberikan oleh skuad hoki lelaki negara kepada Myanmar dalam saingan akhir Sukan SEA Ke-29 apabila berpesta gol ketika meraih kemenangan 14-0 ke atas lawan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
SHAH ALAM 29 Ogos - Episod sama berulang malam tadi. Penjaga gol sekali lagi merosakkan kesempurnaan kejayaan Malaysia menjadi juara Sukan SEA seperti yang berlaku dalam perlawanan akhir bola sepak pada 2001 dengan keputusan serupa 1-0.
PUTRAJAYA 29 Ogos - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memahat sejarah tersendiri dalam kalendar sukan negara apabila menjadi menteri pertama meraih pingat emas acara polo dalam temasya Sukan SEA Ke-29.
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Kehampaan untuk mendapatkan 'ibu segala emas' tidak perlu dipanjangkan kerana hari ini sahaja, atlet negara telah berjaya meraih 29 pingat emas dari acara-acara lain.
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Tamatnya kemarau 14 tahun negara tanpa emas dalam acara badminton perseorangan wanita dalam Sukan SEA Ke-29 disifatkan istimewa terutama menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2017, Khamis ini.
NILAI 29 Ogos - Raja pecut basikal trek negara, Azizulhasni Awang meraikan penyertaan terakhirnya di temasya Sukan SEA dengan menyumbang emas ke-11 buat skuad negara menerusi acara kegemarannya, keirin lelaki di Velodrom Nasional di sini sebentar tadi.
NILAI 29 Ogos - Kuartet 4 kilometer kejar mengejar berpasukan lelaki menepati ramalan apabila mudah meraih emas kesembilan buat skuad basikal trek negara di Velodrom Nasional, di sini sebentar tadi.
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Skuad hoki lelaki negara tidak berdepan masalah meraih pingat emas Sukan SEA Ke-29 apabila menang 14-0 ke atas Myanmar dalam saingan akhir, sebentar tadi.
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Leong Mun Yee dan Jellson Jabillin tambah emas ke-11 buat skuad terjun negara menerusi acara 10 meter platform seirama campuran Sukan SEA kali ke-29 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Walaupun sasaran 111 pingat emas telah berjaya dicapai, atlet negara masih kelihatan amat bertenaga untuk meneruskan tuaian pingat tersebut dari acara masing-masing hari ini.
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Skuad terjun negara terus gah di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil apabila giliran Ahmad Amsyar Azman dan Chew Yiwei menghadiahkan emas menerusi acara 3 meter papan anjal seirama lelaki, sebentar tadi.
PUTRAJAYA 29 Ogos- Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mencatat sejarah hari ini apabila menjadi menteri pertama menyumbangkan pingat emas untuk negara dalam temasya Sukan SEA.
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Wendy Ng Yan Yee dan Nur Dhabitah Sabri terus menghadirkan emas kesembilan buat kem terjun negara di Sukan SEA kali ke-29 menerusi acara 3 meter papan anjal seirama wanita di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Skuad kriket lelaki Malaysia T20 meraih pingat perak setelah tewas kepada Singapura dengan hanya satu larian dalam perlawanan akhir di Kinrara Oval dekat sini, sebentar tadi.
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Skuad taekwondo negara menyumbangkan dua pingat perak Sukan SEA menerusi Nur Dhia Liyana Shaharuddin dan Muhammad Iskandar Zulkanain Ahmad pada hari terakhir di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Satu persatu emas dijelmakan oleh skuad silat negara dengan kali ini menerusi Robial Sobri dalam acara tanding kelas putra H di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini sebentar tadi.
LANGKAWI 29 Ogos - Kontinjen pelayaran negara cemerlang merangkul tiga lagi pingat emas hari ini sekali gus melepasi sasaran lima emas yang ditetapkan dalam KL2017.
NILAI 29 Ogos - Basikal trek memperoleh pingat emas kelapannya pada Sukan SEA 2017 sebentar tadi hasil sumbangan Mohd. Fadhil Mohd. Zonis yang mengejutkan rakan sepasukan, Mohd. Shah Firdaus Sahrom dengan menjuarai acara 1 kilometer ujian masa lelaki di Velodrom Nasional di sini.
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Sekalipun sudah mencapai sasaran, namun langkah skuad silat kebangsaan tidak terhenti di situ menyaksikan giliran Siti Rahmah Nasir menyumbang emas kesembilan di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini sebentar tadi.
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Atlet Muay negara, Mohd. Ali Yaakub menyumbang pingat emas buat kontinjen Malaysia selepas menang dalam aksi final Muay di MITEC, di sini sebentar tadi.
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Pesilat negara, Fauzi Khalid muncul pelengkap sasaran lapan pingat emas skuad kebangsaan di Sukan SEA 2017 apabila memenangi acara tanding kelas putra F di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini sebentar tadi.
NILAI 29 Ogos - Fatehah Mustapa menyumbang pingat emas ketiganya pada temasya Sukan SEA ke-29 selepas mengungguli acara 500 meter ujian masa wanita dengan catatan rekod baharu kebangsaan iaitu 34.542 saat di Velodrom Nasional di sini sebentar tadi.
PUTRAJAYA 29 Ogos - Atlet termuda Sukan SEA negara, Adam Yoong Hanifah mencipta satu lagi kejutan apabila menyumbang pingat emas dalam acara sukan luncur air lelaki menerusi disiplin tricks.
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Goh Jin Wei merangkul pingat emas dengan mengatasi rakan senegara, Soniia Cheah dalam perlawanan akhir badminton perseorangan wanita Sukan SEA ke-29 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini sebentar tadi.
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Peluncur ais kebanggaan negara, Anja Chong membuktikan kehebatan beraksi di laman sendiri apabila meraih emas bagi acara 500 meter speed skating.
PUTRAJAYA 29 Ogos - Atlet luncur air Sukan SEA negara, Aaliyah Yoong Hanifah sekali lagi meraih emas buat kali kedua hari ini dalam acara luncur air wanita menerusi disiplin tricks.
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Skuad silat negara hanya memerlukan satu lagi kejuaraan untuk melengkapkan sasaran lapan emas selepas dua juara dunia, Razak Ghazali dan Al Jufferi Jamari, masing-masing menghadiahkan pingat utama tersebut dalam acara tanding di Stadiun Juara, Bukit Kiara sebentar tadi.
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai meraih perak Sukan SEA Ke-29 sebentar tadi, selepas tewas kepada gandingan Thailand dalam aksi akhir.
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Skuad silat negara menambah pingat emas kelimanya menerusi Siti Shazwana Ajak setelah memenangi acara tanding kelas putri D di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini hari ini.
PUTRAJAYA 29 Ogos - Seperti dijangka, ratu sukan luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah menuai satu lagi emas buat negara selepas mengungguli sukan luncur air wanita menerusi disiplin lompatan.
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Silat acara tanding membuka gelanggang di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini dengan langkah kanan apabila Faizul Nasir menghadiahkan pingat emas hari ini.
PUTRAJAYA 29 Ogos - Atlet luncur air Sukan SEA negara, Aaliyah Yoong Hanifah meraih pingat perak dalam acara slalom luncur air wanita yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Presint 6 di sini hari ini.
Kuala lumpur 28 Ogos - WALAUPUN popularitinya naik mendadak dan diangkat sebagai hero atas kejayaan bola sepak Malaysia melangkah ke perlawanan akhir Sukan SEA Ke-29 (KL2017), namun N. Thanabalan tidak pernah sesekali bermegah dengan kejayaannya.
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Skuad hoki wanita negara menepati ramalan mempertahankan pingat emas dalam Sukan SEA Ke-29 selepas menewaskan Thailand dalam saingan akhir dengan keputusan 2-0 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.
RAWANG 28 Ogos – Kecemerlangan yang ditunjukkan skuad ekuestrian negara sepanjang temasya Sukan SEA Ke-29 ini akhirnya digugat oleh ‘kelibat’ Colin Syquia apabila wakil Filipina itu ‘merampas’ emas terakhir yang ditawarkan di Pusat Ekuestrian 3Q menerusi acara show jumping individu hari ini.
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Enam belas tahun lalu, ketika kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA, bola sepak negara kalah dalam cara yang penuh ‘menyakitkan’ kepada Thailand dalam perlawanan perebutan emas.
Kuala lumpur 28 Ogos – memiliki rupa paras yang cantik sering kali membuatkan wajah Watanya Wongopasi mencuri perhatian lensa kamera dan sebaik sahaja mengetahui wanita itu merupakan pengurus pasukan bola sepak Thailand pasti menarik perhatian ramai.
NILAI 28 Ogos - Skuad basikal trek negara yang diketuai Azizulhasni Awang menyapu tiga daripada empat pingat emas yang dipertandingkan pada hari kedua saingan di Velodrom Nasional di sini hari ini.
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Misi tercapai. Angka keramat 111 pingat emas dipenuhi hari ini dan kebetulannya Azizulhasni Awang menjadi atlet yang memenuhi sasaran itu menjadikannya lebih manis.
KUALA LUMPUR 28 Ogos – Persoalan sama ada skuad silat kebangsaan berupaya merealisasikan sasaran lapan pingat emas Sukan SEA 2017 bakal terjawab esok setelah lapan pesilat negara berjaya meloloskan diri ke pentas akhir acara tanding hari ini.
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Kemarau 14 tahun Malaysia tanpa emas dalam acara badminton perseorangan wanita Sukan SEA ditamatkan apabila pertembungan aksi akhir kategori itu esok menemukan kedua-dua pemain negara, Soniia Cheah dan Goh Jin Wei.
ALOR SETAR 28 Ogos – Polis tidak akan berkompromi soal keselamatan walaupun terpaksa berdepan rungutan orang ramai yang mahu menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) antara Malaysia dan Thailand esok.
KUALA LUMPUR 28 Ogos – Penolong jurulatih Thailand, Naruephon Kaenson menegaskan pasukannya tidak memandang rendah terhadap kebolehan Malaysia walaupun sebelum ini ketua pasukannya berkata, mereka menjangkakan bertemu Indonesia dalam perlawanan akhir bola sepak lelaki.
KUALA LUMPUR 28 Ogos – Dua lagi pingat emas yang ditokok dalam acara gimrama gelung dan belantan individu hari ini meletakkan Koi Sie Yan pada kedudukan baik untuk berada dalam senarai calon Atlet Terbaik Wanita Sukan SEA Ke-29
KUALA LUMPUR 28 Ogos – Skuad kriket T20 wanita negara masih tetap gembira walaupun membawa pulang pingat gangsa setelah mengetepikan Singapura kerana kejayaan tersebut merupakan penampilan sulung mereka di pentas Sukan SEA Ke-29 di Kinrara Oval di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR 28 Ogos – Bermain secara rali yang panjang sehingga membiarkan lawan kepenatan menjadi antara strategi pemain skuasy negara, S. Sivasangari merangkul emas dalam aksi akhir perseorangan wanita Sukan SEA Ke-29.
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Bukan sahaja emas pertama Ahmad Amsyar Azman dalam acara terjun individu tetapi kejayaan itu juga cukup bermakna bagi penerjun yang menyambut hari lahir ke-25, hari ini.
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Atlet negara akhirnya berjaya menyempurnakan misi meraih 111 pingat emas biarpun temasya Sukan SEA ke-29 masih berbaki dua hari.
NILAI 28 Ogos - Azizulhasni Awang menerima penghormatan apabila meraih emas ke-111 untuk kontinjen negara selepas menjuarai acara 200 meter pecut di Velodrom Nasional di sini sebentar tadi.
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Beratur seawal pukul 10 malam di Stadium Shah Alam, Selangor semalam bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir Sukan SEA 2017 jelas menunjukkan keghairahan penyokong bola sepak tempatan terhadap acara sukan temasya dwitahunan itu.
NILAI 28 Ogos - Skuad berbasikal trek negara membuka tirai saingan hari kedua di Sukan SEA 2017 dengan meraih emas keempat sebentar tadi menerusi Eiman Firdaus Mohd. Zamri dalam acara 4km kejar mengejar individu lelaki.
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Ng Eain Yow mengatasi rakan senegaranya Mohammad Syafiq Mohd. Kamal untuk menghadiahkan emas kepada Malaysia dalam perlawanan akhir skuasy perseorangan lelaki Sukan SEA Ke-29, sebentar tadi.
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Jasmine Lai dan Muhammad Syafiq Puteh melengkap malam cemerlang skuad terjun negara dengan menyumbang pingat emas dalam acara 3 meter papan anjal seirama campuran Sukan SEA kali ke-29 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Pasukan hoki wanita negara berjaya meraih pingat emas Sukan SEA Ke-29 selepas menewaskan Thailand dalam saingan akhir, sebentar tadi.
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Pemain skuasy negara, S. Sivasangari menyumbang emas untuk Malaysia selepas mengatasi rakan senegara, Rachel Mae Arnold dalam aksi akhir perseorangan wanita yang berlangsung di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.