Kalau sudah dinamakan jodoh apapun halangan akan berjaya diatasi begitu juga sebaliknya, andai takdir mengatakan ia setakat itu sahaja, maka akan putuslah hubungan tersebut.
PERSELISIHAN faham antara suami isteri menjadi lumrah walaupun baharu setahun dua berkahwin. Ada kalanya sebab orang ketiga, cemburu dan campur tangan mentua.
ZAMAN semakin pelik. Rumah tangga jadi taruhan untuk mereka yang tidak menghargai hak orang. Memang betul wanita juga yang merosakkan hidup wanita. Semuanya kerana tamak.
PERPISAHAN bukan bermakna hidup sudah berakhir tetapi ia satu permulaan untuk kehidupan yang bakal diteruskan. Perpisahan juga mengajar kita untuk lebih aktif, positif dan ceria menghadapi masa, mengurusnya ke jalan Allah dan berusaha untuk terus berjaya.
Betapa beruntungnya lelaki yang dapat isteri rajin dan pandai mengurus rumah tangga. Menjaga makan minum suami, mengurus anak-anak dan memberi layanan terbaik untuk seluruh keluarga.
MASA belum dapat macam-macam ‘diayat’, sampai tergoda dan tinggalkan keluarga kerana cinta dengan harapan orang yang dicintai akan melindungi hingga ke hujung nyawa.
BUKAN mudah hendak menyesuaikan diri dengan hidup bermadu, tetapi jika reda pasti ada hikmahnya. Ini semua ketentuan Allah. Bukan kita untuk menidakkan ketentuan Allah.
Siapa yang mahu hidup sengsara setelah berumah tangga. Semua orang mahu bahagia dan hidup senang lenang dengan orang yang mereka sayang. Tetapi tidak semua yang kita inginkan, kita akan dapat.
Pelikkan dunia ini, ada suami macam tak ada suami, ada ayah macam tak ada ayah. Suami pula buat tidak peduli, lebihkan masa dengan isteri dan anak-anak baharu.
Hubungan menantu dengan mentua turut menjadi punca perceraian dalam kalangan suami isteri. Ada isteri yang tidak sesuai dengan mentua sebab terlalu mengawal pergerakan suami yang juga anaknya.
Anak, zuriat yang dikandung selama sembilan bulan sembilan hari. Bertarung nyawa untuk melahirkannya. Dibelai, ditatang dan dimanja dengan sepenuh kasih sayang setelah lahir ke dunia.
Setiap pasangan suami isteri mahukan kebahgiaan hidup. Mahu sehidup semati dengan pasangan jika diizinkan Allah. Namun, bukan mudah untuk menikmati bahagia itu jika suami tidak setia dan tidak ikhlas dalam perhubungan.
MASALAH rumah tangga bukan sahaja berlaku kepada pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga tetapi juga pasangan sudah berumur terutama mereka yang baru berkahwin lain.
Benarlah kata-kata, soal jodoh, maut dan pertemuan itu rahsia Allah, kita manusia tidak mampu menolaknya. Apabila Dia izinkan, maka akan berlakulah ia walaupun bertahun-tahun berpisah.
TIDAK ada ibu bapa yang mahu melihat rumah tangga anak-anaknya musnah, malah mereka mendoakan yang terbaik agar pernikahan anak-anak bahagia sampai ke hujung nyawa. Walaupun tidak berkenan dengan calon menantu, tidak kira lelaki atau perempuan mereka tetap memberi restu dan mengharapkan yang terbaik untuk anak menantu.
RAMAI orang berkata, bertuah jadi wanita, dimanja, dibelai dan diberi kasih sayang oleh orang tersayang khasnya suami. Tetapi tidak ramai tahu bahawa tidak semua wanita bertuah mendapat layanan seperti itu.
MENJADI trend masa kini, kaum wanita terutama yang bersara gemar pergi melancong dengan kawan-kawan. Bukan sekali dua, malah berkali-kali dalam setahun.
Ingatkan selepas bersara, dapatlah tumpang bahagia dan bergembira dengan keluarga, sayangnya lain pula yang terjadi. Nama pun lelaki, kalau perangainya suka mengejar perempuan sampai bila pun tidak akan berubah walaupun usia sudah masuk 6 series.
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mengharapkan kebahagiaan berterusan sampai ke akhir hayat walaupun tanpa kemewahan. Yang diutamakan adalah tanggungjawab antara kedua-dua pihak suami dan isteri.