PERTAMA kali melihatnya, Honda Rebel 500 memang nampak cool. Tidak salah rasanya kalau dikatakan yang cruiser ini memang ‘stylo’. Warna gelap pada enjin tanpa banyak krom, tangki berbentuk kacang tanah dan tempat duduk rendah membolehkannya membentuk karakter tersendiri, sesuai dengan namanya iaitu Rebel yang bermaksud menentang dalam bahasa Inggeris. Ditambah tayar besar bersaiz 130/90 (depan) dan 150/80 (belakang) menampakkan seolah-olah ia sebuah bobber.