ISKANDAR PUTERI 11 Okt. - Ekspo Johor Berkemajuan 2017 yang sedang berlangsung di Dataran Mahkota, Kota Iskandar, di sini bukan sahaja mendedahkan pengunjung mengenai kejayaan pembangunan dan perancangan masa depan negeri ini, malah turut memberi peluang bagi usahawan, petani dan penternak untuk mengetengahkan produk masing-masing.