KUALA LUMPUR 1 Okt. - Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 melabuhkan tirai hari ini dengan mencatatkan kejayaan luar biasa selepas memperoleh jualan keseluruhan berjumlah RM270 juta meliputi jualan dagangan dan jualan menerusi transaksi bank.
KUALA LUMPUR 1 Okt. - Seramai 500,000 orang pengunjung yang terdiri daripada masyarakat setempat dan pelancong luar negara berkunjung ke Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 sepanjang empat hari ia berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), dekat sini, hari ini.
KUALA LUMPUR 1 Okt. - Sesuai dengan namanya, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK), penganjuran edisi akan datang diharap dapat menyatukan lebih ramai 'wira yang tidak didendang' iaitu petani, penternak dan nelayan.
KUALA LUMPUR 30 Sept. – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menawarkan pelan takaful kemalangan diri serendah RM9 setahun, khas untuk pengunjung Karnival Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat sini.
SERDANG 30 Sept. – Jualan murah hasil laut segar bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 mendapat sambutan hangat apabila tiga tan hasil laut licin dalam tempoh hanya tiga jam.
KUALA LUMPUR 30 Sept. - Malaysia berpotensi menjadi salah sebuah negara pengeksport utama ikan tuna ke Jepun yang dijangka menyumbang sebanyak RM1 bilion kepada pendapatan negara menjelang tahun 2020.
KUALA LUMPUR 29 Sept. - Bagi menggalakkan lebih ramai pelancong dalam dan luar negara memilih desa sebagai destinasi pelancongan mereka, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini melancarkan dua produk baharu iaitu buku direktori destinasi agro pelancongan dan video agro pelancongan.
KUALA LUMPUR 29 Sept. - Pembelian produk dan perkhidmatan dalam talian yang semakin menjadi ‘budaya’ dalam kalangan rakyat negara ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh usahawan agro tempatan.
KUALA LUMPUR 28 Sept. – Jika dahulu kecantikan ayam serama yang bernilai puluhan ribu menjadi perhatian, kini ayam ‘ketawa’ dengan keunikannya dari segi suara dan nada kokokan pula menjadi kegilaan.
SERDANG 28 Sept. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diberi mandat menerajui pembangunan industri kulinari negara bercadang mendaftarkan menu seperti rendang dan patin tempoyak sebagai harta intelek bagi melindungi hak mereka yang membangunkannya.
KUALA LUMPUR 28 Sept. – Peruntukan one-off sebanyak RM30,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu memberi lonjakan kepada sektor pertanian dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara.