URUS niaga kontra pernah dibincangkan Cikgu Saham pada ruangan yang lepas. Seperti umum ketahui, ramai orang takut atau menjauhkan diri daripada melakukan urus niaga saham secara kontra. Walhal, fasiliti ini telah lama disediakan oleh Bursa Malaysia. Cuma, tempoh masa urus niaga kontra secara amnya ialah T+3 berbanding pada zaman 90-an dahulu iaitu T+7.