BARU-BARU ini, akhbar Utusan Malaysia melaporkan mengenai kejayaan seorang pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan profesional perakaunan. Wan Nor Mafudah Wan Yusof, 21, berasal dari Kampung Tok Raja, Jerteh, Terengganu berjaya memperoleh 95 markah bagi kertas Laporan Kewangan Korporat Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).