“MAK tenguk makin kerap kau ke sawah tu, apa yang sebetulnya nak kau buat, Rif?” Tanya Mak Besah di anak tangga. Arif hanya senyum. Satu persatu perkakas tukang dari stor dimuatkan ke dalam beg lusuh. Di dalamnya ada gergaji, pahat, penukul, sesiku, paku, pensil, pembaris, ketam dan dua tiga lagi alat pertukangan milik arwah ayahnya.