LATA Lembik tidaklah jauh sangat jaraknya dari ibu negara. Terletak kira-kira 150 kilometer dari Kuala Lumpur, kita hanya perlu memandu menghala ke Bentong, kemudian menuju ke Raub. Dari sini, pemanduan diteruskan dalam jarak 45 kilometer lagi untuk sampai ke destinasi yang dituju. Tidak susah untuk ke sini, gunakan sahaja aplikasi ‘google map’ atau ‘waze’, ikut arahan yang diberi dan terus memandu ke Lata Lembik atau Pos Buntu, Raub, Pahang.