JADILAH diri kita yang sebenar, kerana orang yang menjadi dirinya yang sebenar, merupakan seorang yang bervisi dan tidak hidup dalam kepura-puraan. Orang yang menerima hakikat dirinya yang sebenar, hidup dengan penuh kesyukuran dan keredaan. Andainya hidup didatangi kejayaan demi kejayaan, mereka akan bersyukur dan yakin, bahawa semua yang mereka miliki itu bukan kerena kehebatan mereka, tetapi kehebatan Allah SWT yang meminjamkan kehebatan-Nya kepada mereka. Maka ridak akan terbentuklah nilai diri yang angkuh dan sombong.