TASHKENT 1 Feb. – Uzbekistan hari ini meluluskan kemasukan tanpa visa kepada 45 buah negara bagi meningkatkan sektor pelancongan yang menjadi antara penyumbang pembangunan ekonomi negara ini.
TASHKENT 10 Sept. - Seorang imam dipecat selepas menggesa Presiden Shavkat Mirziyoyev untuk menarik balik larangan simbol agama Islam pada individu seperti pemakaian hijab dan menyimpan janggut bagi lelaki di negara ini.
TASHKENT 19 Jun - Uzbekistan menjemput Afghanistan dan militan Taliban untuk mengambil bahagian dalam rundingan damai selepas kedua-dua pihak mengumumkan gencatan senjata selama tiga hari ketika cuti Aidilfitri.
TASHKENT 13 Mac - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Tashkent Financial Institute (TFI) telah mewujudkan kerjasama akademik yang secara tidak langsung turut membantu memperkukuhkan hubungan erat antara Malaysia dan Uzbekistan.
TASHKENT 8 Jan. - Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan, Abdul Aziz Harun, mengenal pasti banyak potensi untuk ahli peniagaan Malaysia di negara itu yang meliberalisasikan ekonominya untuk disesuaikan dengan dasar pasaran antarabangsa.